Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan makna antara perkataan "menyakiti" dengan menyakitkan" Kedua-duanya nampak sama saja. Terima kasih. | Menyakiti bermaksud menyebabkan orang berasa sakit atau menjadikan sakit seperti dalam contoh ayat: Sebenarnya polis tidak boleh menyakiti orang-orang tahanan, Kata-katanya menyakiti hatiku. Manakala menyakitkan bermaksud menimbulkan rasa sakit atau mendatangkan sakit, contohnya: Hulu kikir yang bujur akan menyakitkan tangan ketika menggunakannya. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, menyakiti - akibatnya kena pada seseorang, manakala menyakitkan - akibatnya kena pada sesuatu/benda. | Tatabahasa | 29.11.2010 |
tuan menghidapi sakit lutut atau menghidapi sakit lutut? tq | Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit. | Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama. | Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan". | Tatabahasa | 02.05.2011 |
Apakah maksudl: Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. | Saudara, Maksudnya ialah orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri. | Lain-lain | 24.11.2010 |
1. "Saya (bukan/tidak) ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut (ialah/adalah) melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting (ialah/adalah) bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan (ialah/adalah) yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja. | 1. "Saya tidak ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut ialah melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting adalah bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja. | Tatabahasa | 13.12.2011 |
saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih | 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim) 2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya. 4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga. | Tatabahasa | 29.01.2010 |
Ayat :Pelajar itu membawa surat pengesahan sakit daripada Hospital Sultanah Bahiyah. Soalan : penggunaan kata sendi daripada dalam ayat tersebut betul atau salah. Jika betul, kenapa tidak dari kerana hospital merupakan tempat? | Ayat yang betul ialah pelajar itu membawa surat pengesahan sakit dari Hospital Sultanah Bahiyah. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Soalan : 1.Bagaimanakah cara membezakan klausa bebas dan klausa terikat? 2.Ali memberitahu Abu bahawa adiknya sakit.(frasa manakah klausa bebas?apa alasannya? 3.Apakah beza homonim,homograf dan homofon? 4.Frasa..antara satu dengan/sama lain? 5.Ali menyatakan bahawa dirinya tidak sebijak Abu.Adakah frasa bahawa.....Abu itu dianggap objek?Adakah frasa'menyatakan' itu kata kerja transitif sedangkan tidak boleh dipasifkan? 6. Apakah maksud bilangan kardinal?adakah masih digunakan dalam linguistik? 7. Abu tidak pergi ke sekolah kerana sakit. Abu tidak pergi ke sekolah kerana beliau/dia sakit. Soalan :Adakah ayat pertama dianggap tidak gramatis kerana tergantung kerana tiada KGND beliau/dia? Bagaimana nak kenal pasti ayat yang tergantung atau pengguguran? 8.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi ekor lembu yang dipotong dari pangkalnya (sepanjang 1 meter barangkali)? 9.Kali pertama dianggap lewah,adakah frasa Mesyuarat Agung pertama kali itu lebih tepat? #Terima kasih atas khidmat nasihat DBP,semoga sama2 dapat memartabatkan bahasa ibunda kita.Insya-Allah. 6. | 1. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, contoh: Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil, contoh: kerana kamu rajin belajar. 2. Ali memberitahu Abu ialah klausa bebas, manakala bahawa adiknya sakit ialah klausa terikat. Alasannya dijelaskan pada perkara 1. 3. Homonim ialah perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homograf ialah perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Homofon ialah perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. 4. Frasa yang betul ialah antara satu sama lain. 5. Frasa Ali tidak sebijak Abu ialah frasa bandingan. 6. Bilangan kardinal atau nombor kardinal ialah nombor yg menyatakan kuantiti mis 1, 2, 3... 7. Ayat tersebut gramatis kerana yang sakit itu merujuk Abu sahaja. Ayat yang lengkap perlu ada subjek dan predikat. 8. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang. 9. Mesyuarat Agung Pertama sudah memadai. | Tatabahasa | 05.11.2011 |