Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud darulfana? apakah pula maksud asmaradana? bolehkah kedua-dua perkataan tersebut digunakan? | Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkatanaan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan. | Makna | 22.07.2008 |
apakah maksud darulfana dan asmaradana? bolehkah kedua-duanya digunakan dalam bm? apakah perbezaan antara kebelakangan ini dan belakangan ini? | Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan. Kebelakangan dan belakangan mempunyai maksud yang sama, iaitu kemudian itu, akhir-akhir ini, kesudahannya, akhirnya, atau (lebih) belakang. | Makna | 23.07.2008 |
Berdasarkan teks novel tingkatan 2, Erti Sebuah Pengorbanan, m/s: 114. Beliau terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman. perkataan "terpana" membawa maksud apa? Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, tidak ada perkataan pana, yang ada ialah fana, bermaksud tidak kekal atau musnah. Namun, jika merujuk contoh penggunaan terpana dalam ayat tersebut, maksud yang paling sesuai ialah kagum atau terpesona. | Makna | 11.01.2012 |
apakah maksud darulfana dan asmaradana? bolehkan kedua-duanya digunakan dalam bm? kebelakangan ini dan belakangan ini sama maksud ke? bolehkah digunakan sebagai penanda wacana? | Darulfana ialah alam yang tidak kekal (dunia ini); asmaradana bermaksud bercumbu-cumbuan. Kedua-dua perkataan ini terdapat dalam Kamus Dewan dan boleh digunakan. Kebelakangan dan belakangan mempunyai maksud yang sama, iaitu kemudian itu, akhir-akhir ini, kesudahannya, akhirnya, atau (lebih) belakang.Wacana bermaksud kesatuan pemikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Pastikan penggunaan perkataan ini sebagai penanda wacana kerana soalan tidak jelas. |
| Makna | 23.07.2008 |
"terpana" banyak digunakan di dalam buku-buku, lirik lagu, dsb. Tetapi adakah kata dasarnya "pana"? "terpana" tidak ada di dalam kamus dewan dan juga tiada dalam carian DBP. Adakah "terpana" diterima sebagai perkataan dalam bahasa malaysia? | Kata terpana atau pana tidak ada dalam sumber rujukan kami, paling hampir ialah kata fana yang berasal dari bahasa Arab dan bermaksud tidak kekal. | Lain-lain | 19.03.2009 |
salam. beri maksud perkataan - wang adat, hujan jatuh ke pasir, telinga tebal, dan seperti abu di atas tunggul. TQ | wang adat : wang untuk perbicaraan(Indonesia). telinga tebal : a. tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll.)b. tidak tahu malu. seperti abu di atas tunggul: dengan mudah boleh tercampak atau terhalau,tidak bererti, tidak tetap(suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negri Sembilan). Bagi hujan jatuh ke pasir tiada terakam di mana-mana rujukan bagi ungkapan ini, walau bagaimanapun dari segi analoginya dapat dihuraikan sebagai sesuatu perbuatan yang sia-sia atau perhubungan yang tidak kekal. | Makna | 19.03.2008 |
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung? | Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. | Lain-lain | 29.03.2008 |
apa itu pembangunan lestari? | Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal. | Makna | 11.06.2012 |
apa maksud lestari | Lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 15.02.2009 |
maksud lestari | maksud lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 932. | Makna | 11.09.2008 |
|
Puisi |
---|
|
Bulan puasa memetik kelapa, Hendak menyambut Aidilfitri; Budi kami tidak seberapa, Kenangan diberi kekal abadi.
Lihat selanjutnya... |
|