Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perbezaan maksud dan cara menggunakan perkataan berikut: dekat dan berdekatan. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dekat bermaksud: 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir. Contohnya, 'rumahnya dekat dengan kedai'; 'Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar'. 2. hampir (berkenaan waktu, masa, jumlah, dll). Contohnya, wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah dekat seribu ringgit. 3. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu). Contohnya, 'Peperiksaan akhir tahun sudah dekat'. 4. rapat (berkenaan hubungan persaudaraan, persahabatan dll), karib Contohnya, 'penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.' Berdekatan pula bermaksud berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran. Contohnya, rakit itu kemudiannya dihanyutkan dihanyutkan ke dalam sungai yang berdekatan.' | Makna | 20.01.2012 |
Kenapa apa pun tidak boleh dieja dekat (apapun)? Apa bezanya dengan 13 perkataan lain yang boleh dieja dekat tu? | Kata "pun" sebagai partikel dieja rapat seperti walaupun dan sungguhpun, manakala "pun" yang bermaksud juga dieja terpisah seperti dia pun dan telah pun. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu. | Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui. | Tatabahasa | 20.10.2011 |
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tq | Ini ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Tuan, adakah perkataan 'di mana' itu dekat atau jauh. bilakah perkataan itu boleh didekatkan? | Ejaan yang betul ialah di mana dan digunakan dalam ayat tanya seperti Di manakah kamu tinggal? Perlu diingat perkataan di mana tidak ada dalam ayat penyata sepertimana yang banyak digunakan sebagai padanan which dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 20.06.2012 |
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
Saya nak bertanya, dekat DBP ada tak jual Kamus Dalam 3 bahasa iaitu CINA,MELAYU and BI? Dan Kamus untuk membuat ayat dalam tiga bahasa juga? Kalau ada tolong bagi tahu kat saya apa nama kamus tersebut? Kamus untuk sekolah rendah!!!!!! | DBP tidak ada menerbitkan kamus dalam tiga bahasa. Sila berkunjung ke kedai buku lain untuk mendapatkannya sekiranya ada diterbitkan. | Lain-lain | 06.07.2008 |
Apakah perbezaan pelantikan dan perlantikan ? Kaedah penggunaan ayat 'di' dan 'ke' dalam keadaan dekat atau jauh - bagaimanakah kaedah yang betul ? Penggunaan huruf tambahan seperti 'pergerakkan' - penambahan 2 K bagaimanakah kaedah ? terima kasih | Saudara, Yang betul ialah pelantikan, iaitu proses melantik. Tidak ada bentuk perlantikan. 'Di' dan 'ke' sebagai kata sendi ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: di sana; di pejabat; di tempat; ke sana; ke pejabat; ke kiri. 'Di' dan 'ke' sebagai awalan ditulis bersambung dengan kata yang mengikutinya. Contoh: ditulis; dijawab; diterima; ketua; kedua; kehormat. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Menurut Kamus, perkataan ini & itu hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada benda dan tempat. Ini & itu boleh digunakan untuk manusia atau tidak? Contohnya, Ini siapa? Ini ayah saya. Kalau tidak boleh, bagaimanakah bentuk ayat yang betul? Terima kasih. | Ini/itu ialah kata yang digunakan untuk menunjuk waktu, tempat atau benda yg dekat/jauh. Ini dan itu tidak sesuai digunakan untuk menunjuk manusia. Berdasarkan contoh yang diberi: Ini siapa? (salah), sebaliknya yang biasa digunakan ialah 'Siapakah dia?' | Tatabahasa | 04.04.2011 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Lihat selanjutnya... |
|