Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah frasa "tidak dapat tidak" digunakan dalam bahasa Melayu formal? Atau kita boleh menggantikan frasa ini dengan "pasti akan"? | Perkataan tersebut boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi perkataan "harus" lebih gramatis kerana harus bersinonim dengan perkataan tidak dapat tidak. | Tatabahasa | 04.10.2012 |
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Salam sejahtera, sekali lagi saya ingin luahkan pendapat saya mengenai bahasa Melayu sekarang. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu saya kira bermula dari pihak yang lebih berkuasa dalam menguruskan sesuatu bahasa itu. Seperti contoh istilah "mata-mata" (yang dahulunya bermaksud "polis"). Jikalau pihak DBP dan pakar bahasa Melayu menggunakan kembali istilah-istilah lapuk dan lama itu pasti masyarakat menggunakannya kerana tidak dapat tidak mereka harus menggunakan bahasa surat dalam hal keperluan atau urusan rasmi seperti mesyuarat, penyampaian berita dan sebagainya. Istilah dan kosa kata lapuk itulah yang sebenarnya mencerminkan jati diri sesuatu bangsa itu dan tiada guna kita meminjam sesuatu yang kita sudah ada seperti istilah "mata-mata" untuk "polis" yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Istilah kita adalah hak kita untuk memberi maksud terhadap istilah itu. Saya berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan pandangan saya untuk kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. | Kami ambil maklum pandangan tuan dan akan memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan pihak yang berwenang seperti pengamal media. Ada juga kecenderungan pihak tertentu untuk menggunakan kembali istilah yang pernah popular suatu ketika dahulu, seperti penggunaan perkataan "danau" bagi merujuk pembangunan perumahan di Putrajaya. | Lain-lain | 16.11.2015 |
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat | 1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat. 2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. 3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak: 4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
| Tatabahasa | 22.07.2018 |
SALAM, saya tidak dapat memasukkan lampiran di khidmat pengesahan bahasa walaupun menggunakan JPEG & GIF Image dan saya juga tidak dapat mendaftar untuk syarikat baru walaupun telah mengisi semua ruangan. ini berlaku pada tarikh 11.11.14 jam 11.30am di minta pihak anda dapat menyelesaikan masalah ini segera. | Maklumat peribadi tuan tidak dapat kami untuk kami menghubungi tuan. Oleh sebab hal ini melibatkan masalah teknikal, pihak yang berwenang dalam perkara ini ialah Bahagian Sistem Maklumat DBP. Sila hubungi Encik Shaufi di talian 03-21479389/shaufi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.11.2014 |
Assalam.tuan/puan Soalan: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Jawapan: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. Tepatkah jawapan di atas? Terima kasih Azura | Ayat Aktif: Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Ayat Pasif: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. | Tatabahasa | 26.05.2019 |
SALAM, saya tidak dapat memasukkan lampiran di khidmat pengesahan bahasa walaupun menggunakan JPEG & GIF Image dan saya juga tidak dapat mendaftar untuk syarikat baru walaupun telah mengisi semua ruangan. ini berlaku pada tarikh 11.11.14 jam 11.30am di minta pihak anda dapat menyelesaikan masalah ini segera. nama akaun : HABIB JEWELS FRANCHISE SDN BHD | Sila hubungi petugas kami di Bahagian Sistem Maklumat, iaitu Encik Shaufi melalui talian 03-21479389. | Lain-lain | 18.11.2014 |
Adakah frasa hilang jejak dan apakah maksudnya Teeima kasih | Hilang jejak bermaksud tidak dapat dikesan, tidak dapat dihubungi, tidak diketahui keberadaaan seseorang dan lain-lain. | Makna | 28.06.2020 |
Salam, Saya ingin mengetahui pihak saya tidak dapat email Sijil Pengesahan dan sudah cuba klik link yang disedia untuk mencetak Sijil tersebut tetapi tidak ada apa yang boleh saya cetak. Tolong email saya Sijil untuk tujuan permohonan lesen. Terima Kasih | Kami tidak dapat menghubungi tuan (ruang maklumat pelanggan tidak dapat dibuka). Untuk menyelesaikan masalah yang tuan hadapi sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP di talian 03-21479389/9373. | Lain-lain | 22.06.2015 |
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)? | Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak): 1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) 2. Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 28.06.2018 |
|
Puisi |
---|
|
Jikalau tidak hujan di bukit, Keduduk tidak berbunga lagi; Jikalau tidak dapat bujang berjoget, Saya tidak menari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|