Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah terjemahan untuk istilah ekonomi yang berikut? 1. Revealed-preference method 2. Stated-preference method Terima kasih. | 1. revealed preference method - kaedah keutamaan ternyata 2. stated preference method - kaedah keutamaan keadaan | Istilah | 27.10.2011 |
Bagaimana kita nak pastikan pengejaan kata majmuk itu dilakukan secara berjauhan atau berdekatan. Adakah kata kunci khusus yang boleh kita jadikan panduan. | Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ? | Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74). | Tatabahasa | 09.04.2010 |
kata majmuk yang telah dimantapkan | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk kata tersebut yang tergolong sebagai kata nama ialah: antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, setiausaha, jawatankuasa, sukarela, kakitangan, suruhanjaya, kerjasama, tanggungjawab, olahraga, matahari, tandatangan dan warganegara. | Tatabahasa | 02.11.2009 |
saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan. | Saudara Shahfizan, Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!! | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan. Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu. Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi. Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama. Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak. Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami. | Lain-lain | 01.08.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| nyata (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,
| Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata, |
|
|