Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih. Merujuk kepada soalan di atas, bolehkah perkataan 'lounge' dikekalkan untuk tujuan pengiklanan dan penerbitan majalah dan suratkhabar? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah. Perkataan "lounge' tidak boleh digunakan dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu. | Istilah | 04.01.2013 |
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah. | Istilah | 04.01.2013 |
Salam sejahtera. 1. Kalau "di-mana" merujuk kepada tempat - "di" dijarakkan. Bagaimana dengan penggunaan "dimana" yang bukan merujuk tempat tetapi berfungsi seperti Kata Sendi Nama? "di" patut dijarakkan ataupun didekatkan? Contoh ayat: Peraturan telah ditetapkan, (dimana/ di mana) orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum. 2. Saya memetik penjelasan Kamus Dewan Edisi Keempat mengenai melantas - "tidak singgah atau berhenti dimana-mana" Kenapa "dimana-mana" di tidak dijarakkan sedangkan ia merujuk suatu tempat? Terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Di mana -merujuk tempat sahaja dan sesuai digunakan dalam ayat tanya. Contoh: Di mana kamu tinggal? Contoh ayat yang encik gunakan di atas adalah salah. Ayat yang betul: "Peraturan telah ditetapkan, orang yang didapati tidak mematuhinya akan dihukum". 2. "dimana-mana" seperti yang encik petik penjelasannya dalam KAmus Dewan Edisi Keempat adalah kesilapan penaipan sahaja. Yang betul ialah "di mana-mana". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut. | Tatabahasa | 31.03.2012 |
perkataan seerti dengan perkataan tumpang | Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai 6 tafsiran, iaitu: 1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung. 2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja. 3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara. 4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma. 5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb). 6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta. Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. | Istilah | 18.02.2009 |
salam sejahtera. saya ingin tahu tentang kelas kata bagi perkataan "justeru". Adakah perkataan tersebut tergolong dalam penanda wacana? Kalau dapat, harap boleh berikan contoh ayat-ayat yang bukan daripada kamus dewan atau kamus pelajar. Jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi menolong | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh justeru (penanda wacana): a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini. justeru (kebetulan, tepat) a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya. | Tatabahasa | 16.02.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang kelas kata bagi perkataan "justeru". Adakah justeru tergolong sebagai penanda wacana ? Sekiranya dapat, sila berikan beberapa contoh ayat yang melibatkan perkataan justeru yang tiada dalam kamus dewan atau kamus pelajar.Ribuan terima kasih kepada tuan/puan. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh justeru (penanda wacana): a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini. justeru (kebetulan, tepat) a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya. | Tatabahasa | 16.02.2013 |
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan. | 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata; 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; mendapat rawatan - tepat | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Bagaimana menggunakan tanda titik koma dengan betul dalam ayat,bagaimana ingin membezakan tanda baca titik koma dengan tanda baca koma dalam ayat,mengapa tanda baca ini jarang digunakan dan sila nyatakan beberapa contoh ayat yang mengandungi tanda baca titik koma. | Dibetulkan istilah tanda baca, daripada 'titik koma' kepada 'koma bertitik'. Tanda koma bertitik (;) digunakan apabila: (a) memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat. Contohnya: (i) Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. (ii) Malam makin larut; kerja masih banyak. (b) memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya, dan sebagainya. Contohnya: (i) Harga barang-barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik. (ii) Antara pendekatan yang boleh digunakan termasuklah pendekatan psikologi; pendekatan androgogi; dan pendekatan sinergogi. (c) memisahkan klausa yang bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat yang lengkap. Contohnya: kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah. Tanda koma (,) digunakan: (a) sebagai unsur pemisah. (b) sebagai unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek. Contohnya: (i) Duit syiling itu jatuh, dan sebelum sempat dipungutnya, bergolek laju ke dalam lubang. (ii) Pagi tadi, sebelum datang ke sini, saya singgah sebentar di pejabat. (iii) Lima belas orang, termasuk dua orang wanita, telah menyertai bengkel itu. (c) mewujudkan ada perkataan yang telah dihilangkan. Contohnya: Saya mahu kopi. Dia, teh tarik. Tanda koma bertitik jarang digunakan, mungkin disebabkan pengguna kurang faham. Perbezaan penggunaannya tidak ketara, boleh menggunakan sama ada tanda koma atau koma bertitik untuk memisahkan beberapa klausa dalam ayat. Kecuali, jika dalam beberapa klausa ada penggunaan tanda koma. | Lain-lain | 04.03.2012 |
|
Puisi |
---|
|
Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah.
Lihat selanjutnya... |
|