Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih. | 1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah. 2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
yang manakah betul? 'senarai peserta-peserta' atau 'senarai peserta'? | Jawapan yang betul ialah senarai peserta. | Lain-lain | 17.08.2010 |
Yang manakah betul/tepat - (1) Yang berikut ialah senarai nama... (2) Berikut ialah senarai nama.... harap dapat berikan rasionalnya. Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah "Yang berikut ialah senarai nama ..." kerana "Yang berikut" ialah Frasa Nama yang menjadi subjek ayat hadir di hadapan Predikat (ialah senarai nama). Ayat "Berikut ialah senarai nama", Perkataan "Berikut" ialah kata kerja dan kata kerja tidak boleh menjadi Subjek ayat. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Senarai vowel dan konsonan Bahasa Melayu | Vokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Lain-lain | 20.02.2010 |
Senarai kata majmuk yang boleh digabungkan( dirapatkan) | Saudara, Perkataan tersebut ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, matahari, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, dan tanggungjawab. | Lain-lain | 30.11.2009 |
SENARAI PERIBAHASA YANG BERKAIT TENTANG KESANTUNAN | Cikgu Nor Saadah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan ini saya benar-benar berharap Cikgu dapatkan buku peribahasa yang ada diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Makna | 24.08.2009 |
Senarai kata sapaan etnik-etnik di malaysia | Jawapan kepada permintaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakaan di IPTA atau IPTS. | Lain-lain | 19.06.2008 |
Senarai Majalah dalam kategori i) Sukan ii) Kereta iii) Hiburan | Majalah DBP tidak ada dalam kategori sukan, kereta, dan hiburan. Yang ada hanyalah kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa; serta bidang: Bahasa, Sastera, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,dan Ekonomi dan Perniagaan. | Lain-lain | 19.01.2008 |
1. Ibu akan menulis ___ yang ingin dibeli sebelum ke pasar raya. 'senarai barangan' atau 'senarai barang-barang'?? 2. ___ diisyharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu. 'Adalah' atau 'Dengan ini', kedua-dua pilihan ini boleh diterima ?? | 1. senarai barangan 2. Kedua-dua perkataan "Adalah" dan "Dengan ini' tidak diperlukan dalam ayat. Diisytiharkan bahawa... sudah mantap. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Bolehkah perkataan "adalah" digunakan di hadapan "seperti"? Contoh ayat : (1) Senarai nama "adalah" seperti berikut : ..... (2) Senarai nama seperti berikut : ....... (3) Senarai nama "adalah" berikut : ...... Mohon penjelasan. | 1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". Frasa yang betul ialah "Senarai nama adalah seperti yang berikut".
| Tatabahasa | 09.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| senarai (kata nama) | Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;, | | Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian, |
|
|