Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Saya hendak mengetahui makna perkataan Biografi dan Jurnal secara spesifik. Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan biografi bermaksud; 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Manakala jurnal bermaksud 1. terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku. | Makna | 15.04.2009 |
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid... | Sdr. Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP. | Lain-lain | 22.08.2008 |
salam...saya ingin mengetahui tentang riwayat hidup Mejar Dato` Mohd Said Sulaiman serta sumbangannye dalam perkembangan bahasa Melayu | Sila rujuk bahan ini : Biografi Mejar Mohd Said Sulaiman. oleh Ratna Inzah. Majalah Pelita Bahasa . keluaran Disember 1989 | Lain-lain | 23.03.2008 |
maksud buku biografi | Buku biografi ialah buku mengenai riwayat atau kisah hidup seseorang. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
apa itu teromba dan contoh-contohnya? | Teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat. | Makna | 25.01.2007 |
Saya Nuruyah Cheadeng, sedang belajar Bahasa Melayu dasar,Di selatan Thai ingin bertanya,Apakah buku yang mengceritakan riwayat kemajuan pattani dimasa silam,terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Lain-lain | 06.11.2013 |
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju? | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan. | Makna | 23.07.2007 |
maksud (1) Demografi dan Biografi (2) Bulat air kerana pembetung ............. (mohon berikan peribahasa ini dengan penuh) | DEmografi ialah kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dalam tempoh tertentu. Biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Peribahasa lengkap : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. | Makna | 08.07.2008 |
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera | Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya. Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan. | Lain-lain | 23.04.2010 |
Assalamualaikum, Apakah maksud bahan sastera? Bahan bukan sastera? Karya naratif? Karya bukan naratif? Berikan penjelasan yang lengkap. Terima kasih. | Sastera mempunyai takrifan yang luas. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 1396 dan buku "Konsep dan Pendekatan Sastera" selenggaraan Hamzah Hamdani terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988. Dalam buku tersebut, saudara boleh merujuk makalah yang ditulis oleh Ali Ahmad yang berjudul "Mencari Definisi Kesusasteraan" pada halaman 19 hingga 26. Dalam buku tersebut Prof. Ali Ahmad merumuskan bahawa sastera ialah hasil ciptaan yang menggunakan bahasa yang sifatnya konotatif, yang mempunyai organisasi dengan unsur-unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk juga buku Teori Kesusasteraan oleh Rene Wellek. Naratif ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. | Lain-lain | 26.08.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| riwayat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan cerita: kisah, hikayat, rawi,
2. Bersinonim dengan sejarah: babad, peristiwa benar, kejadian benar, tambo, teromba, tawarikh,
| Kata Terbitan : meriwayatkan, periwayat, |
|
|