Kata |
Takrif |
Sumber |
sejarah | 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. menyejarah menjadi sbg sejarah; merupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli sejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sejarah | 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. | Kamus Pelajar |
sejarah | 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg mengesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisahkan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riwayat | 1 peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah: ~ perjuangan Nabi Muhammad SAW. 2 kisah atau cerita yg turun-temurun: Pd suatu ~, gua batu itulah kapal Si Tenggang. 3 = ~ hidup keterangan atau huraian mengenai segala yg telah dialami oleh seseorang; biografi. beriwayat 1 menuturkan riwayat; bercerita. 2 mempunyai sejarah; bersejarah. meriwayatkan menceritakan sesuatu; mengisahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawarikh | ilmu ttg peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah; riwayat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tawarikh | ilmu ttg peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah; riwayat. | Kamus Pelajar |
cereka | /ceréka/ cerita, kisah dsb yg dikarang dan bukannya yg berasaskan kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku; cerita rekaan. ~ sains cereka ttg pengembaraan di angkasa lepas atau di dunia khayalan, atau cereka ttg kehidupan di planet lain dsb berdasarkan penemuan saintifik atau yg diramalkan pd masa hadapan. mencerekakan menjadikan sesuatu (kisah, peristiwa dll) sbg cereka. pencerekaan perihal atau perbuatan mencerekakan sesuatu (kisah, peristiwa dll): Ulasan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peristiwa | sesuatu yg benar-benar berlaku; kejadian yg luar biasa atau yg menarik perhatian: ~ sejarah kejadian yg penting dlm sejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peristiwa | sesuatu yg benar-benar berlaku; kejadian yg luar biasa atau yg menarik perhatian: ~ sejarah kejadian yg penting dlm sejarah. | Kamus Pelajar |
drama satira | 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan tanda alam di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti Keramat Lebai Kader, Kerama Kubur Panjang, dan Mahsuri. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita Mat Salleh, Tok Janggut, Puteri Saadong, dan legenda pendosa seperti Si Tanggang dan Malim Kundang. |
simulated biography | biografi bersimulasi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright. |
self-fulfilling prophecy | ramalan sempurna kendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah. |
myth | mitos | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam, termasuklah kejadian fenomena alam yang tertentu. Contoh mitos yang terkenal dalam kalangan masyarakat Yunani ialah Prometheus dan Sisyphus. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar. |
suspension of disbelief | penggantungan ketidakpercayaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817). |
dramatic convension | konvensi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah lakonan serta latar yang telah diterima pakai sebagai kelaziman dalam lakonan bagi meniru keadaan dunia nyata. Konvensi dramatik ini tampil dalam pelbagai bentuk. Antaranya pemadatan tempoh waktu yang sebenar, penciptaan topeng dan pelaku sebagai mewakili watak sebenar, dan penzahiran pemikiran seperti yang terdapat dalam monolog dramatik. Konvensi dramatik yang lain ialah penggantungan ketidakpercayaan, iaitu kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam sesebuah karya yang biasanya dianggap mustahil tetapi benar-benar berlaku. |
anachronism | anakronisme | Kesusasteraan | Tiada | Kehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangka masa lebih kurang seratus tahun. |
chronicle | kronikel | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |
exoticism | eksotisisme | Kesusasteraan | Tiada | Keanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sejarah | sejarah; 1 asal usul (keturunan), salasilah: ~ kaad salasilah keluarga; ~ a Melanau sejarah orang Melanau; 2 peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: ~ a dana sejarah orang dahulu. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb pereka bentuk asal sistem. (KOM) actual measure (ukuran sebenar) Nilai yang paling tepat terhadap pengukuran sesuatu kawasan bilangan pokok isi padu kayu yang dapat dipastikan melalui pengukuran dan pengiraan se- benar. (HUT) actual number of plates (bilangan plat sebenar) Bilangan plat secara praktik yang perlu ada dalam menara penyulingan atau penyerapan bagi menghasilkan pemisahan komponen mengikut penentuan ha- sil yang ditetapkan dan terhasil sebagai hasil sampingan dalam pengilangan gas arang batu. Ammonium sulfat digunakan untuk membuat baja kimia dan rayon viskosa. (KIM) amnesia (amnesia) Kehilangan daya untuk mengingati semula pengalaman dan peristiwa lama. (UBAT) amniocentesis (amniosentesis) Pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kero- ammonium carbonate amniocentesis Kamus Sains.indb 53 7/8/08 11:45:58 AM 54 sakan kromosom
|
Kamus Thai 2.indb rake:] น buaya จราจร [cara:c:n] น lalu lintas, trafik จริง, จริง ๆ [ci, cici] ว 1 sungguh: บ ้ านนี้ สวยจริง ๆ Rumah ini cantik sung guh. 2 benar-benar: พ ่ อเขารวยจริง ๆ Bapa nya benar-benar kaya. จริงจัง [-ca] ว bersungguh-sungguh: ลูกจ ้ างของเขาทำงานอย ่ างจริงจัง Pekerjanya bekerja dengan bersungguh-sungguh. จริงใจ [-cai] ว ikhlas, tulus
|
Kamus Thai 2.indb ] ก berlinang: หลังจากฝนตก น ้ ำก็นองบนถนน Selepas hujan, air pun berlinang di jalan. นองเลือด [-lat] ว tumpah darah: เหตุการณ ์ นองเลือดนั ้ นเกิดขึ ้ นในวันที่ สามของ การประท ้ วง Peristiwa tumpah darah itu berlaku pada hari ketiga tunjuk perasaan. น ่ อง [n] น 1 (คน) betis 2 (ไก่) paha น ้ อง [n:] น adik น ้ terkenang: เมื ่ อนึกถึง นิติกรรม นึก Kamus Thai 2.indb 211 4/15/2008 11:09:03 AM น 212 เหตุการณ ์ นั ้ นเขาก็น ้ ำตาซึม Apabila dia terkenang peristiwa itu, air matanya berlinang. นึกไม ่ ถึง [-mait] ก tidak sangka: ฉัน นึกไม ่ ถึงว ่ าจะพบกับคุณมัซลันที่ ซูเปอร ์ มาร ์ เก็ต Saya tidak sangka akan bertemu de ngan Encik |
Kamus Thai 2.indb membela nama baiknya kembali seperti sedia kala. 3 melaku- kan kerja menyelamat: ชาวบ ้ านกู ้ ภ ั ยจาก เหตุการณ ์ ดินถล ่ ม Penduduk kampung melakukan kerja menyelamat dalam peristiwa tanah runtuh itu. กูบ [ku:p] น rengga, tempat duduk di belakang gajah เก [ke:] ว 1 (ฟ ั น) tidak teratur 2 (ขา เขาสัตว ์ ) bengkok เก ๊ [ke ว Penjenayah yang lengkap dengan senjata itu akhirnya menyerah diri. ครรภ ์ [kan] น rahim ครรลอง [kanl:] น 1 jalan: ดำเนิน ไปตามครรลองที่ ถูกต ้ อง mengikuti jalan yang benar 2 cara: ครรลองประชาธิปไตย cara demokrasi ครวญ [kruan] ก meratapi: นางครวญ ถึงสามีที่ ตายไป Wanita itu meratapi ke- matian suaminya. ครวญคราง [-kra:] ก mengerang: เขาครวญครางด ้ วยความเจ็บปวด Dia me ngerang
|
|
|