Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Untuk maksud cara berpidato, manakah istalah paling tepat ? MENYAMPAIKAN PIDATO, ATAU PENYAMPAIAN PIATO ? | Untuk makluman, menyampaikan pidato atau penyampaian pidato bukan istilah khusus dan penggunaannya bergantung pada ayat. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah pidato (elocution/oration - bidang Kesusasteraan) dan pidato umum (public speaking). | Istilah | 22.05.2011 |
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'? | .Pidato ialah ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. Ucapan pula bermaksud - apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan; Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato. | Makna | 19.02.2010 |
Terjemahan untuk public speaking yang tepat adalah pengucapan awam atau pidato umum? perkataan awam/umum mungkin secara kasar sama maknanya namun perkataan pidato saya kira lebih tepat kerana merupakan kata dasar bukan kata terbitan. diharap selepas ini DBP akan menggunakan pidato umum untuk public speaking selepas ini (untuk makluman acara DBP baru-baru ini menggunakan frasa pengucapan umum). | Public speaking ialah istilah dalam bidang komunikasi dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah "pidato umum". | Istilah | 20.06.2011 |
Saya mohon bantuan jika DBP dapat memberi beberapa contoh kertas pidato kerana anak saya dipilih mewakili sekolah dlm pertandingan pidato. BM saya kurang fasih. Terima kasih. | Puan bolehlah menghubungi Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat tersebut memandangkan bahawa Bahagian ini yang menganjurkan Pertandingan pidato peringkat sekolah. puan boleh juga mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada para guru di sekolah anak puan. | Lain-lain | 26.07.2007 |
contoh-contoh pidato bebas berkaitan dengan pendidikan? | Soalan sdr tidak berkaitan dengan bahasa Melayu. Untuk itu kami cadangkan sdr berhubung dgn pihak majlis debat universiti malaysia (MADUM) bertanyakan permasalahan tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 15.09.2008 |
apakah beza pidato dan syarahan? | Syarahan sama maksudnya dengan pidato dan ceramah, iaitu ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai. | Makna | 12.08.2011 |
Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013? | Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad). | Tatabahasa | 29.11.2013 |
boleh tak carikan contoh teks pidato bahasa melayu?? | Setakat ini belum ada diterbitkan sebuah buku yang mengandungi contoh pidato. Sila rujuk Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. | Lain-lain | 29.05.2008 |
saya posaimah sedang belajar bahasa melayu dasar,ingin bertanya,apakah pidato dalam bahasa melayu | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara. | Makna | 24.10.2013 |
apakah perbezaan antara syarahan ,taklimat ,ceramah ,pidato dengan ucapan | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, syarahan ialah ucapan yg diberikan. Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu, ceramah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain dan bersinonim dengan syarahan. Pidato ialah ucapan atau syarahan yang diberikan di hadapan orang ramai manakala ucapan ialah apa-apa yang diucapkan. Oleh itu, pidato, syarahan dan ucapan hampir sama maknanya, yang boleh membezakan ialah tempat dan isi kandungan yang diucapkan. | Makna | 21.07.2010 |