Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Apakah perbezaan antara 2 perkataan ini, penyokong dan pendokong | Penyokong ialah orang yang menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan dan sebagainya. Manakala pendukung (bukan pendokong) ialah orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya). | Makna | 06.01.2013 |
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium. | Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
apakah maksud perkataan reduk sionis? | Reduksionis bermaksud penyokong reduksionisme. Reduksionisme pula bermaksud 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks; 2. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks. | Makna | 09.04.2007 |
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis? | Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama; penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku. Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi. Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'. Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama. Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis. Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain. | Sastera | 26.02.2013 |
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | 1. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan. 2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik. | Ejaan | 11.02.2012 |
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasih | Memang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih. | Lain-lain | 03.09.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| sokong (kata nama) | Bersinonim dengan tiang, sangga, topang, tunjang, galang, junjungan, penjalaran, tumpil;, | | Kata Terbitan : menyokong, sokongan, penyokong, |
|
|