Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pelancaran (boleh diguna atau tidak) utk. tajuk sama, tetapi tahun berlainan (annual report) | Boleh, sebab tahun berlainan, walaupun tajuk sama | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Ejaan mana yang betul:- 1. Pra-Pelancaran atau Pra Pelancaran 2. Ke-200 atau Ke 200 Saya musykil dengan penggunaan tanda 'sempang'. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Prapelancaran dan Ke-200. | Tatabahasa | 07.03.2007 |
Soft Launching | Padanan bagi 'soft launching' ialah prapelancaran, pelancaran awal atau pelancaran lunak. | Istilah | 11.05.2007 |
SOFT LAUNCH | PELANCARAN LUNAK | Istilah | 01.11.2010 |
Para tamu yang hadir semasa majlis pelancaran kereta Proton Inspira itu diberi sambutan yang meriah. Munsyi, adakah para tamu salah dalam ayat ini? terima kasih | Perkataan "para tamu" tidak salah dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Tkasih atas jawapan tersebut.. Jika digunakan untuk majlis pelancaran program mbmmbi...penggunaan Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia lebih tepat? Memartabatkan Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia? | Kami berpegang kepada Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan jika merujuk kepada ilmu dan peradaban maka bahasa Melayulah yang digunakan. Untuk tujuan penggunaan di jabatan tuan, sila rujuk kepada pihak pengurusan dan dalam hal ini ialah pihak sekolah atau jabatan pelajaran negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 15.03.2013 |
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk 'flagship store' yang sering digunakan pada pelancaran butik, kedai dan kediaman baharu? Saya memerlukan maksud selain kapal laksamana | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "flagship store" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan rujukan dalam internet, "flagship" bermaksud The best or most important thing owned or produced by a particular organization. Berdasarkan maksud tersebut, istilah "flagship'' boleh diterjemahkan kepada terbaik, teristimewa, terunggul atau utama. | Istilah | 21.08.2013 |
(kata-kata aluan itu) disamapaikan oleh pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa di sekolah itu. yang satukah yang betul? kata-kata alu-aluan itu, kata alu-aluan itu, kata aluan itu, kata-kata aluan itu? | Kata alu-aluan yang betul. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang istilah Gimik. Contoh: Murid-murid hari ini kita akan melakukan Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Negara kali ke 56. adakah ayat ini betul atau lebih sesuai ayat kedua ini: Contoh: Murid-murid sekarang ini kita akan melancarkan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke- 56. Ayat kedua tidak menggunakan istilah "Gimik" | Gimik ialah sesuatu tindakan, objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum. Contoh penggunaannya, pengacara memeriahkan suasana majlis dengan pelbagai gimik yang menarik perhatian para tetamu. | Makna | 27.08.2013 |
penggolongan kata bagi ayat ini... Pupus bahasa, pupuslah bangsa. Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan. | "Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| lancar (adjektif) | 1. Rujuk pantas 1
2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,
| Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran, |
|
|