Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas Ikan | Penggunaan bahasa yang betul ialah: 1) Asam Pedas Ekor Lembu Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu). 2) Asam Pedas Ikan Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
| Lain-lain | 08.05.2018 |
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK) | I. Pijar. II. Pedih. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahan | Jenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta. | Lain-lain | 15.01.2015 |
Mengikut penerangan Tatabahasa Dewan imbuhan awalan ,, ter,, boleh bentuk kata kerja transitif . Persoalannya ialah seandainya ini terjadi ,maka kata kerja itu boleh dipasifkan. justeru ayat seperti ini ( Adik termakan lauk yang pedas itu ) boleh dipasifkan seperti berikut :( lauk yang pedas itu dimakan oleh adik ) atau ( lauk yang pedas itu termakan oleh adik) KERANA ANTARA TANDA UNTUK MENGENAL KATA KERJA TANSITIF IALAH AYAT ITU BOLEH DIPASIFKAN! ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, SOALAN SAYA IALAH , betulkah pemahaman saya seperti ini??????????????? TOLONG BERIKAN PENJELASAN YANG PANJANG DAN DENGAN CONTOH ! | Saudara Wan, Bentuk pasif ayat ' Adik termakan lauk yang pedas itu' ialah ' Lauk yang pedas itu termakan oleh adik'. Imbuhan 'ter' pada perkataan makan bermaksud mampu /berupaya makan. Perkataan lauk ialah objek bagi kata kerja termakan. | Tatabahasa | 21.06.2009 |
Tidak saya termakan lauk yang pedas itu. adakah apa-apa kesalahan dlm ayat ini?? | Susunan yang lebih tepat ialah "Saya tidak termakan lauk yang pedas itu." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
kata-kata Ali yang tajam dan _________ menyinggung perasaan Aisyah. a. pedih b. perit c. pedas terima kasih | Kedua-dua perkataan pedih dan pedas boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Lain-lain | 22.07.2019 |
Assalamualaikum. Tuan Sulaiman. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd. Saya ingin bertanya. Apakah ejaan yang betul bagi: 1. Profesional atau Professional. 2. Pelantikan atau Perlantikan. 3. Adakah perkataan "pedas giler" diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia membawa maksud sangat pedas? Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Hisham Bin Othman @ Mohd. 26.09.2019. | Salam sejahtera, Tuan, Ejaan yang betul: 1. Profesional 2. Pelantikan 3. "Pedas giler" tidak betul. Sila gunakan "sangat pedas". Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.09.2019 |
saya dah sumbit permohonan untuk restoran asam pedas claypot.. sekarang saya menunggu pengesahan dr dewan bahasa & pustaka.. tetapi saya ingin tahu betul cara saya .. boleh anda call saya di 011 21781054. | Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 18.10.2015 |
Salam sejahtera, Adakah betul padanan antonim ini? pahit - manis masin - tawar Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, pahit , masam, manis, masin dan pedas berantonim dengan tawar. | Tatabahasa | 18.11.2013 |
Bijak Bisnes AHA 5.37 PTG Bijak Bisnes Assalamualaikum.. Ape yg dimaksudkan dgn bahasa 'sarkastik' ? | Sarkastik bermaksud bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang. Bahasa sarkastik ialah unsur bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maksud sindiran. | Makna | 10.09.2017 |
|
Puisi |
---|
|
Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 69 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan) When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|