Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kuih ketayap yang berintikan kelapa parut sangat digemari oleh ayah (tuan, kelapa parut atau parut kelapa? thx) | kelapa parut | Ejaan | 20.02.2013 |
Kata 'parut" boleh tak digunakan merujuk kepada pokok. Contoh ayat: Parut pada batang pokok durian di belakang rumah itu masih baru. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, parut ialah 1. pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa; 2. bekas luka (bisul) pada kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yang telah tua; 3. bekas ditetak pada pokok (kayu): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu;. Berdasarkan takrifan itu, perkataan "parut" dalam ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas di / pada lengannya. Di atau pada? Dan bagaimana perbezaan antara kedua-dua kata sendi ini? | Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas pada lengannya. Kata sendi nama "di" menunjukkan tempat seperti "di rumah" dan "di Kuala Lumpur". Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat seperti "pada peringkat" dan "pada dinding". | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Huraian kerisik dalam Istilah - grounded coconut - kelapa yang digiling untuk dibuat kerisik. Sedangkan definisi yang tepat (kamus pelajar) kelapa parut atau dikukur yang digoreng dan dilumatkan. Jadi tidakkah sepatutnya dalam bahasa Inggeris perlu ada perkataan 'fried'? Mohon penjelasan. | Padanan istilah yang sesuai untuk Grounded Coconut ialah Kelapa Giling. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2017 |
Apakah ejaan yang betul dan makna yang betul, adakah serondeng atau serunding? | Ejaan yang betul ialah serondeng yang bermaksud makanan yang dibuat daripada kelapa parut yang digoreng atau makanan yang dibuat daripada daging (ikan, udang dan sebagainya) yang disiat halus-halus dan dimasak dengan santan dan rempah-rempah hingga kering. | Ejaan | 20.06.2018 |
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasih | Menurut definisi Kamus Dewan, mantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. | Makna | 25.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| parut (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pemarut: sagat, penyagat, kukur, pengukur,
2. Bersinonim dengan bekas: palau, birat, cena, tanda, kesan,
| Kata Terbitan : berparut, memarut, |
|
|