Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mohon untuk semak penggunaan bahasa. | 1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI" SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU? 2. Sila betulkan seperti yang berikut: Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut: - DIDENDA - HARTA DISITA - HARTA DILELONG
| Tatabahasa | 12.09.2012 |
penggunaan di dan pada Cikgu Ali menulis mutiara kata pada/di papan hitam. | Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat ini ialah pada kerana kata sendi nama "pada" digunakan bagi menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain: berpaut pada palang besi, tersangkut pada tiang telefon, ditampal pada papan kenyataan dll. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya di sekolah, di perhentian bas dll. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265 dan 274. | Tatabahasa | 03.12.2010 |
Yang manakah lebih sesuai, perbincangan 'mengenai' atau perbincangan 'tentang'. Pohon berikan pencerahan. Terima kasih. | Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum seperti ayat "Mereka berbincang tentang masalah Negara". Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 04.09.2013 |
Adakah fungsi penggunaan perkataan 'mengenai' dan 'tentang' sama? Contoh: Kami berbincang mengenai hal itu. (Adakah ayat ini betul?) | Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umu seperti ayat Mereka berbincang tentang masalah negara. Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin. | Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain, atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°). | Makna | 27.06.2009 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapat kepastian penggunaan kata 'mengenai' dan 'tentang' dalam ayat.. Harap pihak tuan dapat menjelaskan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih. Meriam Yahaya Assalamualaikum, saya ingin mendapat kepastian penggunaan kata 'mengenai' dan 'tentang' dalam ayat.. Harap pihak tuan dapat menjelaskan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. Terima kasih. | Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum seperti ayat "Mereka berbincang tentang masalah Negara". Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada seperti ayat Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 20.05.2013 |
apakah perbezaaan antara perkataan tentang dan mengenai | Merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. | Lain-lain | 18.10.2007 |
Apakah bezanya antara tentang dengan mengenai? Saya lihat beberapa keterangan di bahagian khidmat nasihat mengatakan boleh menggunakan tentang = mengenai. Jika tatabahasa baru mengatakan mengenai tidak boleh digunakan, kenapa syarikat DAWAMA menggunakan 'mengenai kami' di lamannya? | Merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual "tentang" kejadian rompakan itu. Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: Antar laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. | Tatabahasa | 16.12.2012 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'tentang', 'mengenai' dan 'terhadap' serta penggunaannya dalam konteks ayat? Contoh : Pegawai itu memberi taklimat mengenai / tentang pengambilan makanan seimbang. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, tentang atau mengenai? | 1. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. 3. Pegawai itu memberi taklimat tentang pengambilan makanan seimbang. 2. Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. ii. Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. 3. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contohnya: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhdap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. iii. Air bersifat lengai terhadap logam adi. | Tatabahasa | 15.09.2012 |
Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih. | 1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. 2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya. 3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| palang (kata nama) | Bersinonim dengan pengadang, adang, adang-adang, penghalang, perintang, rintangan, penyekat, sekatan,
selak, penyelak, selarak, tangan-tangan, sengkang, galang, lawa;, | | Kata Terbitan : memalang, |
|
Puisi |
---|
|
Dayang Anuman minta dibunuh, Dibungkus dengan peraca palang; Kalau tidak berhati sungguh, Jangan merebut kekasih orang.
Lihat selanjutnya... |
|