Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salaam, Saya amat berminat untuk menerbitkan buku saya: Rahsia Nikmat Kegagalan Dalam Bisnes. Untuk perhatian, saya sedang menyiapkan buku tersebut dalam sudah hampir 50% siap. Mohon pencerahan dari pihak DBP untuk membantu menerbitkan buku ini. Terima kasih. Azharee | Wkm salam wbkt. Manuskrip yang telah siap ditulis, lengkap dengan bahan awalannya boleh dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Manuskrip ini akan melalui beberapa proses penilaian untuk dipertimbangkan kesesuaian penerbitannya oleh DBP. | Lain-lain | 08.07.2013 |
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. | Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb.. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut? | Salam sejahtera, Dewan Sastera terbitan November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my . | Lain-lain | 25.04.2012 |
|
|