Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ada 3 kata sendi " Melainkan", "Kecuali", "Sama Ada". Bolehkah ia digunakan di depan ayat? Misalnya: 1."Melainkan" saya mendapar persetujuannya, projek tidak akan diteruskan" 2. "Kecuali" kelulusan diperoleh, ini tidak patut dibuat. 3. "Sama ada" awak suka atau tidak, saya akan teruskan juga. | Kata tugas boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Apakah perbezaan antara 3 perkataan berikut: kecuali, melainkan, selain | Kecuali sama maksudnya dengan melainkan, selain dan lain daripada. | Makna | 24.10.2011 |
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih. | Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan kata hubung pancangan keterangan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah maksud dengan pernyataan berikut. "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri" | Ayat tersebut sudah jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipindah milik atau dipajak melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu". | Tatabahasa | 12.12.2011 |
Makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
Apakah makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
Apa maksud perkataan 'pamrih' dalam ayat di bawah. Dalam cinta tidak ada pamrih melainkan ketulusan. | Saudara, Perkataan 'pamrih' (bahasa Indonesia) bermaksud maksud yang tersembunyi dalam memenuhi keinginan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia. | Makna | 20.12.2009 |
Tuan, adakah kata depan ke- tergolong dalam imbuhan ke-? Setahu saya, ke- bukan satu imbuhan melainkan ke-....-an. Bagaimana pula dengan ketua dan kehendak, adakah ke- dihadapan perkataan menandakan imbuhan? Terima kasih. | Imbuhan merupakan bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata. Imbuhan terdiri daripada empat jenis: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. ketua dan kehendak merupakan imbuhan awalan manakala ke-...-an merupakan imbuhan apitan. untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan edisi ke-3 terbitan DBP halaman 107-131. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
Apakah perkataan "Ku akan" disambungkan atau dipisahkan? | Jawapan yang betul ialah "ku akan". Ejaan bagi perkataan ini hendaklah dijarakkan, melainkan perkataan "ku" diikuti kata kerja. Contohnya "kubermain". Bagaimanapun, kependekan di belakang hendaklah dieja bersambung, contoh "bersamamu". Terima kasih. | Tatabahasa | 06.09.2007 |