Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya adalah aktivis puisi tepi jalan. Sudah beberapa kali mencetak buku sendiri. Pernah berkongsi pentas sama manusia-manusia sehebat Pak Samad, Rahmat Haron, Pyan Habib dan Meor. Saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat peluang menerbitkan buku lewat saluran formal. Harap dibantu. | Karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, untuk terbitan majalah, tetapi jika saudara ingin menerbitkan dalam bentuk buku, sila hantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera di alamat yang sama. | Lain-lain | 06.05.2009 |
Kata bilangan untuk manusia, 'banyak' atau 'ramai'? Mengapa? | Banyak boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja. Berdasarkan keputusan kabinet istilah bahasa Melayu telah ditukarkan kpd bahasa Malaysia. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Bolehkah kita kata "nyamuk menyengat manusia"? ataupun "nyamuk menggigit manusia"? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "nyamuk menggigit manusia". Menyengat digunakan untuk serangga atau binatang kecil yang mempunyai sengat seperti lebah, lipan dan kala jengking. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
1 ramai orang atau banyak orang ? | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Makna | 05.09.2010 |
Penggunaan antara Penjodoh bilangan Ramai dan Banyak. Difahamkan terdapat perubahan penggunaanya.Dulu, Ramai dipadankan kepada Manusia,manakala Banyak dipadankan objek atau Barangan.Harap dapat jawapan. | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
Salam sejahtera Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "arus manusia"?Sekian, terima kasih. | Arus manusia boleh ditakrikan sebagai pergerakan manusia yang tidak putus-putus. Contohnya dalam ayat, Kamalia hilang dalam arus manusia yang ramai meninggalkan stadium. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
1. Apakah maksud perkataan kemenjadian? 2. Bagaimana penggunaan kata pemeri -adalah/ialah...? 3. Istilah pemerdagangan manusia, atau pemelacuran manusia, mana lebih tepat? 4. Bagaimana untuk menembusi karya di Dewan sasterA? | 1. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Kata dasarnya ialah jadi. 2. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 3. Istilah pemerdagangan manusia bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli dan belum tentu untuk dilacurkan. Sebaliknya istilah pemelacuran manusia bermaksud melacurkan manusia. | Makna | 20.07.2010 |
1. Anti Trafficing in Persons 2. Trafficling in Persons. | 1. Anti penyeludupan manusia @ dlm. btk. ayat: (menentang/anti penyeludupan manusia) 2. Penyeludupan manusia 3. Penyeludup/orang yang diseludup | Istilah | 17.04.2007 |
a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |