Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud mandat? | Salam sejahtera..Mandat merujuk Kamus Dewan Pelajar bermaksud amanah yg diberikan oleh orang ramai kepada wakil mereka untuk melakukan sesuatu. 2 kuasa atau tugas yang diberikan oleh pihak-pihak yang lebih tinggi. | Makna | 04.12.2012 |
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang. | Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan. | Lain-lain | 29.05.2008 |
|
|