Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
credit crunch | luluh kredit | Istilah | 11.12.2008 |
mengapa perlu ada (ny) dalam ketogeri imbuhan men- yang akan menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,r,l,w,y . Apakah beza diantara n dengan ny sedangkan ny bermula dengan n juga ? sila rujuk buku Tatabahasa Edisi Ketiga pada Bab 7 M/S (151) ....... | Imbuhan awalan meN- menjadi meny- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s kerana awalan tersebut dalam bahasa Melayu akan luluh apabila bergabung dengan imbuhan awalan meN-. Sebaliknya apabila kata dasar tersebut merupakan kata pinjaman, awalan kata dasar tersebut tidak akan luluh, contohnya, memproses, mentafsirkan, mengklasifikasikan dan menstorkan. | Tatabahasa | 06.02.2009 |
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra? | 1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar. 2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini. | Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa. | Tatabahasa | 13.11.2011 |
Saya ingin bertanya,adakah perkataan 'pemerdagangan' ada dalam kosa kata dalam bahasa Melayu? Setahu saya dalam bahasa Melayu tidak ada imbuhan 'pemer'. begitu juga dengan perkataan 'pemerolehan', yang diguna pakai sekarang ini. Sila tuan tolong jelaskan perkara ini. Terima kasih. | Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris commercialization yang bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli. Pembentukan kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Apabila diberikan awalan peN-, huruf pertama (p) dalam kata perdagangan itu luluh dan digantikan dengan huruf m. Oleh itu, terbentuklah istilah pemerdagangan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan edisi ketiga, Apitan kata nama, hlm 121 -129. | Istilah | 25.04.2011 |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.
Lihat selanjutnya... |
|