Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Cadangan: Di negara-negara Asia timur seperti Jepun,Korea,malahan di rantau Asia seperti China,Thailand,Loas,Vietnam,Filipina dsbnya meletakkan bahasa kebangsaan masing-masing di atas bahasa Inggeris,.Hal ini dapat dilihat pada singboard2 sama ada merujuk lokasi-lokasi mahupun iklan-iklan.Saya sebagai pencinta bahasa Melayu menyimpan hasrat dan cita-cita agar Malaysia mengorak langkah yang sama.hasrat kerajaaan memartabatkan bahasa Melayu boleh diambil melalui langkah tersebut.Oleh hal yang demikian, DBP diharap dapat memainkan peranan agar menjadi institusi yang lebih dinamik untuk merealisasikan cita-cita tersebut,sekian-matpapaya n geng | Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Martabat bahasa kebangsaan lebih terserlah apabila digunakan dalam urusan kenegaraan untuk maksud rasmi dalam kalangan jabatan sektor awam, antara sektor awam dengan sektor swasta, dan antara sektor awam dengan orang awam. | Lain-lain | 04.06.2011 |
definisi lokasi | Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. | Makna | 26.06.2009 |
1: kenapa "tempat" tidak lagi dipakai dalam akbar atau siaran radio/tv, tapi diganti dgn lokasi? | Lokasi sebagai pilihan kepada perkataan tempat. Penggunaannya menjadi hak penerbit tetapi mestilah disebut dan dieja dengan betul. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Azmi membaca buku di atas meja. Berdasarkan ayat yang ditujukan, adakah frasa kata sendi( di atas meja ) digunakan dengan betul? Frasa kata sendi itu merujuk kepada perbuatan atau lokasi buku? | Ayat yang betul ialah: Azmi membaca buku di meja. Dalam konteks ayat ini, frasa sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat atau lokasi. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
"Bayangkan permukaan sebuah jam, di mana peserta berada di lokasi pukul enam dan mereka perlu membalingkan batang kayu tepat ke arah pukul dua belas untuk mendapatkan keputusan terbaik." Bolehkah "di mana" dipakai dalam ayat di atas? Terima kasih. | Untuk ayat di atas perlulah digugurkan penggunaan di mana. | Lain-lain | 03.01.2008 |
Penggunaan Taman Awam Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Bolehkan digunakan untuk menunjukkan sesuatu lokasi? | Frasa "Taman Awam Dataran Pinggiran Sungai Kerian" untuk menamakan tempat boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Do you have a list of Bahasa words that are similar to English words? V.G. lokasi = location | Encik Gomez, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbitkan senarai yang saudara maksudkan. Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Adakah perkataan "OKERANSI" itu wujud dalam daftar kata DBP? Saya telah menerima surat yang menggunakan perkataan tersebut: "Lokasi mesyuarat telah di pindah ke Bilik Mesyuarat Utama, lain-lain okeransi tidak berubah." Mohon pandangan tuan tentang penggunaan yang tepat pada perkataan tersebut. Terima kasih. | Perkataan okeransi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila maklumkan kepada kami jika perkataan tersebut diterjemahkan secara harfiah daripada bahasa-bahasa lain untuk kami mencadangkan padanan yang sesuai. | Istilah | 11.07.2012 |
Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih. | Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan. | Lain-lain | 15.02.2008 |
saya ingin membuat pertanyaan adakah boleh perkataan NAUTICA digunakan untuk menamakan bangunan (kondominium atau lain-lain) | Pada kebiasaannya penamaan sesuatu bangunan atau kondominium bergantung pada lokasi, persekitaran tempat terletaknya bangunan atau kondominium tersebut atau konsep yang hendak diketengahkan. Perkataan nautika bermaksud berkaitan dengan pelaut, perkapalan atau pelayaran. Oleh yang demikian sekiranya ini memenuhi kriteris tersebut maka penamaan sedemikian bolehlah diberikan. Walau bagaimanapun disyorkan saudara merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan nama yang sesuai. | Lain-lain | 25.07.2008 |