Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Tuan, Saya ingin bertanya berkenaan urutan perkataan berikut : 1. Cemerlang 2. Baik 3. Memuaskan 4. Lemah Adakah perkataan 'memuaskan' perlu diletakkan di bawah perkataan baik ataupun 'memuaskan' menunjukkan keadaan lebih daripada baik? Jawapan pihak tuan amat dihargai. | Puan Salina, Turutan kedudukan yang diberikan itu adalah betul (cemerlang, baik, memuaskan dan lemah). Terima kasih | Tatabahasa | 05.10.2010 |
salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar lembam berada? TQ | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas, lemah(berkenaan kemampuan seorang murid menerima pelajaran). Untuk mengetahui kategori masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Makna | 17.07.2008 |
bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara kita. namun, pada masa kini kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dengan pelbagai sebab. soalan saya: 1. mengapakah pelajar Melayu sendiri masih lemah dalam penguasaan bahasa Melayu di sekolah? 2. Mengapakah bahasa Melayu semakin lemah? 3. Apakah cara-cara untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu? sekian, terima kasih. kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. | Saudara, Pertanyaan saudara memerlukan pembacaan dan penyelidikan kepustakaan. Kami mencadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Selamat pagi, puan : Tolong semak kesalahan yang ada dalam ayat di bawah : 1. Novel yang baru dibelinya itu dia baca beberapa halaman sahaja. 2. Pihak kerajaan berusaha meningkatkan tahap pelajaran khususnya yang lemah dalam bidang sains dan matematik. Terima kasih. | 1. Novel yang baru dibelinya itu dibaca beberapa halaman sahaja. 2. Pihak kerajaan berusaha meningkatkan tahap pelajaran dalam kalangan pelajar khususnya yang lemah dalam bidang sains dan matematik. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
1. Mengapakah murid-murid tahap 2 lemah dalam mengenalpasti nilai-nilai murni dengan tepat berdasarkan petikan diberi? 2. Bagaimanakah untuk mengajar murid mengaitkan nilai-nilai murni yang tepat dengan ayat yang dibaca? 3. Apakah kaedah yang terbaik dan paling sesuai yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C kepada murid-murid tahap 2? 4. Adakah kaedah penghafalan penanda wacana untuk menulis penulisan bahagian C digalakkan? 5. Apakah cara atau cara untuk mengajar murid-murid penulisan Bahagian C menggunakan komputer? | Maklumat yang puan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada guru panitia bahasa Melayu di sekolah puan kerana perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ini pihak gurulah yang lebih arif mengenainya. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Adakah penggunaan 'adalah' di dalam ayat-ayat berikut betul? 1. Contoh kata berlawanan adalah kuat dengan lemah, besar dengan kecil dan lain-lain. 2. Antara perbuatan yang kerap dilakukan adalah duduk, berjalan, makan, minum dan tidur. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Kata pemeri adalah hadir di hadapan fras adjektif atau frasa sendi nama. Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah dalam kedua-dua ayat contoh tersebut kurang tepat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 264. | Tatabahasa | 06.01.2012 |
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat | Saudara, Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan mengenal pasti ayat dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. | Lain-lain | 17.10.2010 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| lemah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya,
tidak berkuasa, Berantonim dengan cergas
2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap, Berantonim dengan cerdas
| Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan, |
|
|