Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih. | 1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala Lumpur | Tatabahasa | 25.07.2007 |
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. | 1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air. 2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah. 3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang. 4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan. | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat | Tatabahasa | 31.08.2015 |
Adakah pengguna bahasa Melayu di Malaysia boleh menggunakan ungkapan segar malar sebagai sinonim malar segar, seperti lebih kurang dapat bertukar ganti dengan kurang lebih? | Istilah yang betul ialah malar segar, iaitu padanan untuk bahasa Inggeris "evergreen". Tidak ada istilah "segar malar' dalam pangkalan data kami. Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang". | Istilah | 02.05.2012 |
Assalamualaikum... mohon penjelasan pihak dbp tentang penggunaan perkataaan lebih kurang atau kurang lebih. Yang mana patut kita gunakan di Malaysia?... terima kasih.. | Salam sejahtera, Tuan, Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Betulkah wujudnya isitilah "hindoisme" yang lebih kurang maksudnya ialah budaya bersuka-suka atau mementingkan hiburan? | Istilah yang betul ialah hedonisme. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, halaman 523. | Makna | 04.09.2007 |
saya adalah pengguna laman web beberapa tahun yang lepas lebih kurang dalam tahun 2007/2008. bagaimana saya hendak mendapatkan ID dan kata laluan untuk akses ke e-karya atau e-komuniti semula? | Tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Sistem Maklumat, iaitu Encik Mohamad Shaufi bin Kambaruddin melalui talian 03-2147 9389 atau melalui e-mel shaufi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.12.2014 |
maksud senja | Senja ialah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam). | Makna | 01.01.2010 |
Ada perbezaankah antara 'sejak' dengan 'semenjak'? Saya semak dalam kamus dewan lebih kurang sama tetapi soalan objektif PMR meletakkan pilihan sejak dengan semenjak, yang manakah jawapannya? | Sejak dan semenjak membawa maksud bermula dari, mulai atau dari. Kedua-duanya membawa pengertian atau maksud yang sama. | Tatabahasa | 24.05.2010 |