Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah frasa "malah lebih-lebih lagi" merupakan penggunaan perkataan lewah dalam ayat? | Frasa malah lebih-lebih lagi menjadi lewan, penggunaan salah satu sama ada malah atau lebih-lebih lagi telah memadai. | Tatabahasa | 31.10.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengetahui senarai penanda wacana isi baharu untuk ditulis dalam karangan. Bolehkah perkataan seperti 'tambahan pula, di samping itu, selanjutnya, lebih-lebih lagi, sebaliknya' digunakan dihadapan ayat?Adakah perkataan tersebut penanda wacana ataupun kata hubung? | Penanda wacana jenis penghubung tambahan ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 526-527. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka. | Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Soalan peperiksaan STPM 2009 berbunyi :.....menguasai lebih daripada satu bahasa...soalan saya: (KKT) Kata kerja transitif mesti dikuti oleh objek Kata nama, adakah ayat ..'menguasai lebih..' itu gramatis? bagaimana pula dengan ayat..menguasai bahasa lebih dari satu.? TQVM | Tokoh bahasa, Pak Asraf dan Dr. Awang Sariyan menganggap frasa "menguasai lebih daripada satu bahasa" adalah tidak gramatis kerana kata kerja transitif (menguasai) + kata adjektif (lebih). Walau bagaimanapun tokoh bahasa yang juga merupakan salah seorang penulis Tatabahasa Dewan menerima frasa ... menguasai lebih daripada satu bahasa ... gramatis kerana "kata kerja transitif (menguasai) + frasa nama (kata bilangan - lebih daripada + kata nama - satu bahasa). Frasa ini juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Salam, Adakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang memiliki ijazah doktor falsafah ialah Yang Berbahagia? Contohnya, Yang Berbahagia Dr. Ahmad bin Salleh atau cukup sekadar Dr. Ahmad bin Salleh? | Sapaan yang lazim digunakan ialah tuan, walau bagaimanpun terdapat penggunaan sapaan YBhg. Dr. dalam amalan seharian lebih-lebih lagi jika penerimanya seorang yang berjawatan seperti Ketua Pengarah. | Lain-lain | 18.09.2011 |
DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian. | Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
" tidak ketinggalan" lazimnya diggunakan dalam penulisan? apakah maksud sebenarnya? adakah " tidak ketinggalan" seerti dengan selain itu? | Dalam Kamus Dewan tidak ketinggalan bermaksud tidak mahu terkebelakang atau tidak lalai. Walau bagaimanpun "tidak ketinggalan" lazimnya diungkapkan bagi maksud "tidak terkecuali" atau "turut". Oleh itu, dalam penggunaan harian lebih-lebih lagi dalam situasi rasmi gunakanlah perkataan "turut" yang lebih difashami maknanya oleh khalayak. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
Ayat manakah yang betul? a) kerajaan memperuntukkan wang yang lebih banyak... b) kerajaan memperuntukkan lebih banyak wang.... | Ayat yang betul ialah kerajaan memperuntukkan lebih banyak wang... | Tatabahasa | 02.01.2011 |