Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin mengetahui adakah tetupai itu sejenis alat ? Terima kasih. | Tetupai ialah keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dll untuk menyangga sesuatu. | Makna | 14.04.2008 |
Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL) | Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 23.11.2008 |
BAGAIMANAKAH REVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA BERLAKU DAN KAITANNYA DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN? | Untuk soalan kertas kerja atau latihan ini, sila datang ke perpustakaan untuk untuk membuat rujukan melalui pembacaan buku, majalah. keratan akhbar mengenai isu ini. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya. | Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
ADAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT PELBAGAI MAKLUMAT BERKENAAN SEJARAH, ISU-ISU SEMASA BERKENAAN KAUM DI MALAYSIA DAN SEBAGAINYA UNTUK KAJIAN DI DALAM PELAJARAN SAYA? | Terima kasih atas soalan anda. Saudara/i boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat rujukan perbahanan yang diperlukan. Koleksi seperti buku,majalah,kertas kerja,keratan akhbar boleh dirujuk. Malahan melalui laman web DBP saudara boleh merujuk bahan melalui KATALOG AWAM ATAS TALIAN. Selamat mencuba | Lain-lain | 20.07.2010 |
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin. | Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain, atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°). | Makna | 27.06.2009 |
|
|