Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud tersusup - sasap? | Makna susup-sasap ialah menyorok (masuk) ke sana ke mari.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1555. | Makna | 02.06.2008 |
saya ingin mengetahui maksud susup-sasap dengan lebih jelas | Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari. | Makna | 20.09.2011 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| sana (kata tugas) | Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;, | | Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan, |
|
Puisi |
---|
|
Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana.
Lihat selanjutnya... |
|