| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih. | Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". | Makna | 02.11.2023 |
| Assalamualaikum. Boleh saya tahu jika "Majlis bertaut kasih" ini boleh digunakan untuk majlis pertunangan dan pernikahan? Terima kasih. | Frasa “Majlis Bertaut Kasih” boleh digunakan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. | Tatabahasa | 15.07.2024 |
| Terima kasih untuk nasihat sebelum ini di mana Hibah Takaful adalah perkataan yang betul untuk digunakan dalam Bahasa Malaysia (rujuk tangkap layar yang dilampirkan). Soalan saya seterusnya - Adakah Hibah Takaful boleh digunakan juga dalam Bahasa Inggeris atau ada perkataan lain yang lebih tepat di dalam Bahasa Inggeris, misalnya Takaful Hibah? Bantuan DBP adalah amat dihargai. | Penggunaan dalam bahasa Inggeris adalah di luar bidang kuasa DBP, melainkan istilah yang telah disediakan padanan dalam dwibahasa. | Lain-lain | 18.09.2025 |
| Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ? | Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah. | Ejaan | 05.09.2023 |
| Mengapakah "terima kasih" kata majmuk rangkai kata bebas, bukannya istilah khusus? | “Terima kasih” bukan merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah tertentu. Contoh istilah khusus dalam bidang ilmiah ialah “graf terarah”. Oleh hal yang demikian, “terima kasih” merupakan kata majmuk daripada rangkai kata bebas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 133-134. | Tatabahasa | 02.11.2024 |
| Salam sejahtera, antara ayat berikut yang manakah penggunaan yang betul? Ia merupakan ayat yang terpapar di bunting untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan kami. 1. Terima kasih atas 2 tahun bersama 2. Terima kasih untuk 2 tahun bersama | Teks yang sesuai digunakan ialah “Terima kasih untuk 2 tahun bersama-sama kami”. | Tatabahasa | 15.08.2024 |
| Mohon pencerahan berkenaan didahului: Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan "didahului" dengan ucapan ribuan terima kasih. kerjasama tuan dalam hal ini amatlah di dihargai dan pihak kami mendahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semakan saya menggunakan kamus dewan 4 ,perkataan didahului tidak wujud. Mohon Juga pencerahan sama ada perkataan mendahului, didahulukan ....wujud.Sekian, terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, terdapat perkataan “didahului”, “mendahului” dan “didahulukan”. Antara maksud perkataan “didahului” dan “mendahului” seperti yang berikut: - Melepasi (seseorang atau sesuatu) dan berada di hadapan.
- Melebihi atau mengatasi seseorang atau sesuatu dari segi bilangan, markah, prestasi dan sebagainya yang diperoleh.
- Melakukan sesuatu lebih awal atau lebih cepat daripada seseorang atau sesuatu.
- Berlaku atau wujud sebelum atau lebih awal daripada sesuatu yang lain.
- Menduduki tempat paling atas dalam (senarai, carta dan sebagainya).
- Memberikan keutamaan pada sesuatu berbanding dengan yang lain.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 466. | Makna | 10.12.2023 |
| Saya ingin meminta cadangan untuk membuat surat terima kasih kepada Agong sempena lawatan ke kawasan kami. | Sila rujuk laman web istananegara.gov.my dan rujuk contoh warkah menjunjung kasih. | Lain-lain | 30.08.2023 |
| Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang. | Tatabahasa | 28.12.2023 |
| 1. Patik berterima kasih kerana tuanku berkenan untuk mencemar duli melawat ke kampung kami. 2. Emak membeli dua biji tomato dan empat rumpun serai sertai lima helai daun purut untuk dibuat tomyam Adakah betul penggunaan tatabahasa bagi ayat di atas? | Ayat yang betul ialah: 1. Patik berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli untuk melawat kampung patik. 2. Emak membeli dua biji tomato, empat batang serai dan lima helai daun purut untuk membuat tomyam. | Tatabahasa | 04.10.2024 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | kasih (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara, Berantonim dengan benci
2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati, Berantonim dengan benci
| | Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani, |
|
| Puisi |
|---|
|
Bagaimana nak tanam selasih, Tanamlah mari di rumpun keladi; Bagaimana hati nak kasih, Kasih bercampur denganlah budi.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 476 When poverty comes in at the door, love flies out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|