Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail." Ayat ini bukan lebih sesuai guna perkataan"dari"?Kenapa kena guna "daripada"? | Kata sendi nama daripada digunakan kerana merujuk sumber buah durian tersebut diperoleh dan bukannya merujuk tempat secara fizikal. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
Di halaman rumah,terdapat guni/karung yang diisi dengan tin-tin kosong dan botol-botol kosong. *Adakah ayat ini gramatis? *Guna guni atau karung lebih sesuai? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat. Ayat yang lebih gramatis ialah “Di halaman rumah, terdapat guni yang diisi dengan tin dan botol kosong” atau “Di halaman rumah, terdapat karung yang diisi dengan tin dan botol kosong”. | Tatabahasa | 09.08.2024 |
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "Sachet". Adakah Peket atau uncang. Terima kasih | Padanan yang tepat bagi perkataan "sachet" ialah "uncang", iaitu sejenis pundi-pundi kecil atau karung yang biasanya diperbuat daripada kain dan digunakan untuk mengisi barang-barang yang dibawa. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 23.12.2020 |
|
Puisi |
---|
|
Bunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 67 Don't buy a pig in a poke Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu. Membeli kucing dalam karung "Remember the saying, don't buy a pig in a poke. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig "Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|