Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Aduhai, kotor sungguh sungai itu!" kata Ali kepada Yasir. pilih perkataan seerti bagi kotor. A. Jijik B. Cemar apakah jawapan bagi soalan ini? Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan ini? | Mengikut Kamus Dewan, kotor bermaksud tidak bersih, tidak jernih, cemar; manakala jijik pula adalah mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji. Daripada makna yang diberikan dala Kamus Dewan, perkataan seerti dengan kotor ialah cemar. | Tatabahasa | 18.08.2014 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan. Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut; 1. Lori itu muat dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| jijik (adjektif) | 1. Bersinonim dengan geli: geli-geman, geli-geleman, gelinggaman, genyi, loya, jejap, mual, seer, Berantonim dengan berselera
2. Bersinonim dengan meluat: menyampah, cicik, benci, tidak suka, getik, geli, Berantonim dengan suka
| Kata Terbitan : menjijikkan, kejijikan, |
|
|