Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah DBP syorkan buku atau artikel yang ada menerangkan konsep intonasi dalam Bahasa Melayu? Saya sedang membuat satu kajian PhD tentang intonasi orang Melayu dalam Bahasa Inggeris. Untuk tujuan ini saya perlu mengetahui intonasi bahasa Melayu itu sendiri. Setakat ini saya ada membaca buku Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et al. 1986) tetapi penjelasannya terlalu pendek dan tidak mencukupi. Bolehkah pihak tuan syorkan buku/artikel yang sesuai? Terima kasih, Noor Fadhilah | Antara beberapa rujukan yang berkaitan ialah 1. Artikel, Utusan Zaman, 3/10/1993 (tulisan Aminuddin Mansor), 2. Artikel, Dewan Bahasa Julai 2003 dan Mac 2004 (tulisan Dr. Indirawati Zahid), 3. Artikel, Dewan Bahasa, September 1981 (tulisan Asraf) | Lain-lain | 26.11.2009 |
Apakah peranan intonasi | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 25.10.2010 |
apah makna sebutan dan intonasi.terangkan dgn jelas berdasarkan contoh-contoh yang sesuai | Sebutan bermaksud apa yang disebut, (sesuatu) yang disebut manakala intonasi bermaksud turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). | Makna | 13.02.2007 |
1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah". | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.04.2009 |
apakah maksud peristiwa bahasa? adakah contoh yang saya berikan di bawah betul ayat - adik makan roti benggali bawah rumah (intonasi mengubah semantik ayat) maksud 1 Adik makan roti, benggali bawah rumah maksud 2 Adik makan roti benggali bawah rumah | Peristiwa bahasa merujuk kepada sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa. Contoh ayat tersebut betul tetapi perlu ada kata sendi di untuk melengkapkan kedua-dua makna ayat tersebut. 1. Adik makan roti, benggali di bawah rumah maksud 2. Adik makan roti benggali di bawah rumah. | Tatabahasa | 05.11.2010 |
Saya ada kemusykilan tentang soalan ini? Sejauh manakah klausa bebas menjadi klausa terikat? Sekian, terima kasih. | Buku Tatabahasa Dewan membahagikan klausa kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas dapat berdiri sendiri dan menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya, subjek "kamu" dan predikat "pandai" jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna akan menjadi ayat lengkap "kamu pandai". Walau bagaimanapun klausa bebas ini dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih bebas, contohnya "kamu pandai kerana kamu rajin belajar". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 433. | Tatabahasa | 05.04.2013 |
Apakah perbezaan klausa bebas dan klausa terikat? Berikan contohnya.TQVM | Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama - Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil - kerana kamu rajin belajar. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Apakah perbezaan klausa bebas, klausa terikat dan klausa utama...? Berikan contohnya. TQVM | Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil. Contohnya: Kamu pandai (klausa bebas/klausa utama) kerana kamu rajin belajar (klausa tak bebas/klausa kecil). | Tatabahasa | 27.05.2011 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik? | Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman) 2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud. 3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan) | Lain-lain | 14.07.2010 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun | Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya mengikut panduan berikut: 1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan. 2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun. 3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan. | Lain-lain | 14.07.2010 |