Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ingin mendapat kepastian sama ada ayat tersebut betul atau tidak terutamanya dari segi pola ayat, sila memberi penerangan : Pelawat di ladang teh boleh menikmati pemandangan yang indah. sekian. terima kasih | Ayat tersebut adalah betul. Dalam ayat tersebut, berlaku penekanan pada bahagian frasa sendi nama, iaitu di ladang teh. | Tatabahasa | 18.10.2013 |
INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PERKATAAN YANG BETUL BAGI LAGENDA. LAGENDA ATAU LEGENDA? | Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Ingin tanya tentang pengunaan frasa 'di atas' Ali sedang duduk di atas bangku. Ali sedang duduk sambil membaca surat khabar di atas bangku. | Penggunaan frasa "di atas bangku" adalah betul dalam ayat. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Ingin dapat bantuan DBP dalam penggunaan "tempoh". Manakah satu yang betul? "tempoh dari 29/08/2013 hingga 05/09/2013" atau "dari tempoh 29/08/2013 hingga 05/09/2013" | Frasa yang gramatis ialah ... tempoh dari 29/8/2013 hingga 05/09/2013. | Tatabahasa | 13.09.2013 |
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat. | Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama. | Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
ingin tahu penggunaan koma yang betul di dalam ayat ini: ...kepada pelajar, khususnya dan masyarakat, amnya. | Tidak perlu tanda koma dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
ingin tahu samada soalan yang dilampirkan dalam email ini betul atau salah. ayat tersebut tidak menggunakan imbuhan & kata hubung. soalan ini dari buku sekolah untuk darjah satu di sekolah tamil vivekananda petaling jaya, jalan templer. | Ayat terdiri daripada Subjek dan Predikat. Subjek daripada kata nama/frasa nama, manakala predikat daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, ayat mesti menggunakan imbuhan untuk melengkapkan frasa kerja seperti Kakak membeli bakul rotan. | Tatabahasa | 12.06.2012 |