Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlas | Bekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura. | Makna | 16.03.2008 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Semuanya bermula dari ikhlas... (Adakah penggunaan kata sendi betul dalam ayat ini?) 2. Puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandangkan kebahagiaan di dunia dan mendapat rahmatan al amin di akhirat. ( Adakah penggunaan perkataan menyandangkan dan rahmatan al amin betul dalam ayat ini?) | 1. Penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat tersebut ialah "daripada". 2. Perkataan menyandangkan bermaksud memikulkan dan tidak sesuai dari aspek semantik ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.04.2012 |
sila alih bahasa ayat ini dalam bahasa inggeris "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada" ... | Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah with compliments. | Istilah | 29.06.2009 |
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan.. | Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkali | Makna | 27.11.2008 |
Seorang pelajar menulis ungkapan ini dalam karangan yang berasingan: 1. Kumencari-cari rakan yang ikhlas. 2. Kucari-cari sahabat yang setia. 3. Kaudisanjung dan dipuja. 4. Kuberdiri di sini. 5. Kurenungi wajahnya. Adakah ayat-ayat ini gramatis? | Ayat tersebut gramatis tetapi lebih kepada penulisan kreatif. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
Saya ingin bertanya apakah maksud perkataan di bawah.. cth: jogi berhaman bujangga apakah maksud haman? cth: Ikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ujub. apakah maksud meruncup? cth: Ada di sisi gunung itu kandang baginda, ... diukir pelbagai warna, dan nakas, dan selimpat. apakah maksud nakas? Ketiga-tiga perkataan tidak wujud sama ada dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 juga kamus-kamus Melayu lain. Oleh itu saya ingin memastikan adakah perkataan ini wujud dan apakah maksudnya. Terima Kasih. | Jawapan untuk soalan ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan pihak DBP memerlukan sedikit waktu lagi untuk menjawabnya. | Istilah | 25.10.2010 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ? | Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah? | Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Apa maksud menderma dan berderma | Puan Hindun, Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama iaitu, memberikan derma atau memberikan sesuatu dengan ikhlas. Contoh penggunaan: Dia telah berderma sebanyak seratus ringgit; Dia telah mendermakan kain baju kepada mangsa banjir. | Makna | 20.12.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Kain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan.
Lihat selanjutnya... |
|