Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?) | "tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan. | Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari helah&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 14.04.2014 |
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya' | Tidak ada perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya" dan "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya 2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu. | Ejaan | 12.02.2019 |
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
|
|