Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan pendingin hawa salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah penyaman udara. Katanya, pendingin hawa istilah lama, penyaman udara istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP? | Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 02.05.2012 |
PAKAR DALAM HAWA DINGIN KERETA | Frasa yang betul ialah "Pakar Penyaman Udara". Walau bagaimanapun kami mencadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kedai Penyaman Udara". Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk pengesahan iklan. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
penghawa dingin atau pendingin hawa | Yang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. | Istilah | 19.04.2009 |
pengdingin hawa atau penghawa dingin? | Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa. | Istilah | 27.09.2012 |
pendingin hawa @ penghawa dingin ? Mana yg betul? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 09.02.2011 |
pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betul | Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa. | Istilah | 09.10.2012 |
mana satu betul, penghawa dingin atau pendingin hawa? | Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 15.05.2011 |
Mana yang betul penghawa dingin atau pendingin hawa? Terimakasih. | Puan Rita, Perkataan yang betul ialah pendingin hawa. | Istilah | 29.12.2010 |
manakah yang betul? (a)pendingin hawa (b)penghawa dingin terima kasih | Sdr., ejaan yang betul ialah pendingin hawa. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. | Lain-lain | 18.04.2010 |
Yang mana betuL? a)penghawa dingin b)penyaman udara c)Pendingin hawa | Yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Makna | 08.09.2008 |