Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jika gambar rajah merupakan kata majmuk yang dieja dua perkataan mengapa saya dapati ada digunakan gambar rajah satu perkataan dalam Carian Kata yang saya lakukan pada portal DBP ini. Oleh itu, saya ingin tahu bila perlu guna satu perkataan dan bila guna dua perkataan. Contoh yang saya jumpa seperti berikut: 5 dijumpai dalam Istilah Malaysia gambarajah Z-N gambarajah Fizik gambarajah pemeriksaan gambarajah ACF gambarajah ACF Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, satu atau dua perkataan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewa. | Tatabahasa | 05.12.2008 |
Mohon penjelasan penggunaan perkataan gambarajah dan gambar rajah | Perkataan gambar rajah yang merupakan kata majmuk dieja dua perkataan. | Ejaan | 11.11.2008 |
yang mana satu betul: 1) gambar rajah atau gambarajah 2) baru atau baharu | - Gambar rajah
- Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.
| Istilah | 20.04.2011 |
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila? | Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan. | Istilah | 12.12.2008 |
Makna & fungsi carta organisasi | Carta ialah paparan yang mengandungi keterangan (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut. | Makna | 13.01.2011 |
Terjemahan istilah statistiks dalam Bahasa Inggeris ke BM Scattered diagram dan scattered plot | Istilah bahasa Melayu bagi scattered diagram ialah gambar rajah selerak dan scattered plot ialah plot selerak. | Istilah | 01.10.2010 |
ubahsuai (akronim)? | Ubah suai ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu , dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya, kapal terbang dan gambar rajah. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Contohnya, cerpen dan Bernama. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Salam. Apakah perbezaan analisis dengan analisa? Apakah maksud neokonisme? Berikan contoh kata-kata majmuk. Sekian, terima kasih. | Istilah yang betul ialah analisis, bukan analisa. Tidak ada perkataan neokonisme dalam bahasa Melayu, yang ada ialah neokolonialisme yang bermaksud peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi. Contoh kata majmuk : gambar rajah, alat tulis, kanta tangan, dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan contoh kata majmuk yang lain. | Istilah | 12.06.2010 |
ibu bapa dalam bm ialah kata majmuk atau kata nama inti bagi kedua-duanya? dikira sebagai satu patah perkataan macam parent dalam BI atau ? Salah satu daripada faktor atau salah satu faktor.... perlu ke penggunaan kata sendi nama dalam frasa tersebut? kalau tidak perlu, mengapa pula ? | Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dua dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan terbitan DBP. | Tatabahasa | 06.08.2007 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas besi atau plastik? 2. Bagaimanakah cara untuk membezakan 'kata akar' dan 'kata dasar'? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk? 4. Harap tuan dapat memberikan contoh kata majmuk. Terima kasih. | 1. Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip. 2. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan, contohnya ajar yang boleh menerima awalan beR- menjadi belajar. Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan, contohnya belajar yang boleh menerima apitan peN-...-an menjadi pembelajaran. 3. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, contohnya gambar rajah, alat tulis dan rumah sakit. | Tatabahasa | 29.03.2012 |