Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam tuan, saya ingin menggandakan perkataan bandar raya. Yang mana betul: badar-bandar raya atau bandar raya bandar raya? Bagaimana pula menggandakan perkataan menteri besar? | Apabila menggandakan kata jamak, perkataan yang pertama sahaja digandakan seperti Menteri-menteri Besar Bandar-bandar raya. | Tatabahasa | 11.04.2013 |
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul? | Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam. | Tatabahasa | 01.03.2007 |
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan) | Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Salam sejahtera, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan "bandar raya" dan frasa "Melaka Bandaraya Bersejarah". Melaka Bandaraya Bersejarah atau Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Bandar Raya Melaka Bersejarah? Frasa yang manakah betul? Dalam ayat seperti Lawatan ke Melaka...., frasa yang manakah harus saya gunakan? Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Lawatan ke Bandar Raya Melaka Bersejarah atau Lawatan ke Bandaraya Melaka Bersejarah? Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya merungkai kekeliruan ini. Terima kasih. | Bandar Raya Melaka Bersejarah ialah ialah kata nama khas yang telah diwartakan dengan nama yang tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Lain-lain | 15.12.2011 |
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul? | Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. | Lain-lain | 26.06.2006 |
perkataan bandar raya,boleh kah digunakan sebagai kata nama khas,contoh dalam ayat ini: Bandar raya Kuala Lumpur tersergam indah. atau perlu di sambung seperti ini: Bandaraya Kuala Lumpur. Harap pihak DBP dapat menjawab soalan ini secepat mungkin.Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah bandar raya. Penggunaan yang betul ialah Bandar Raya Kuala Lumpur tersergam indah tetapi pihak DBKL mengejanya rapat untuk membolehkan mereka menggunakan akronim B bagi Bandar Raya. | Tatabahasa | 05.09.2007 |
Tuan, Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur? | Yang betul dari segi penggunaan ialah Syukri tinggal di bandar raya Kuala Lumpur. Tetapi apabila merujuk kepada nama khas, perlu dieja dengan huruf besar. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.09.2013 |
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi juga | Perkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Ejaan | 01.03.2012 |
saya hendak mengetahui sama ada penggunaan perkataan "bandar raya atau bandaraya". contohnya bandaraya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur. harap maklum. | Ejaan yang betul ialah bandar raya tidak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dieja bersambung. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, ejaan bagi DBKL adalah ejaan lama kerana DBKL digazetkan sebelum tahun 1970. Mana-mana yang digazetkan selepas 1970, ejaan tersebut ditulis dalam dua perkataan. Harap maklum. | Ejaan | 26.10.2007 |
Bandar raya | Bandar raya | Lain-lain | 23.03.2007 |