Kata |
Takrif |
Sumber |
wasangka | rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerjanya yg baru itu. | Kamus Pelajar |
wasangka | syak ~ | Kamus Pelajar |
wasangka | , = syak ~ rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. berwasangka mempunyai atau menaruh wasangka: Tidak baik ~ buruk terhadap orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wasangka | = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syak wasangka | rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syak wasangka | syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syak wasangka | rasa tidak percaya, sangsi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemburu | 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwasangka | menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwasangka | mempunyai atau menaruh wasangka: Tidak baik ~ buruk terhadap orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
arousal | n act of exciting, stirring up, a. (gen) berbangkit, timbul: the ~ of suspicion due to his strange behaviour, rasa syak wasangka yg berbangkit krn tingkah lakunya yg ganjil; b. (sexually) kebangkitan: sexual ~, kebangkitan nafsu berahi; c. (of spirit, sentiment, etc) kebangkitan: the ~ of nationalist feelings, kebangkitan semangat kebangsaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
furtive | adj sly, stealthy, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (of look, glance) curi-curi: he aroused our suspicion by his ~ behaviour, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; the thief was ~ in his movements, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eye | with os ~s open, with full awareness, dgn penuh kesedaran: you went into the partnership with your ~s open, didnt you?, kamu mengadakan perkongsian itu dgn penuh kesedaran, bukan?; vt memandang, memperhatikan: she ~d me with suspicion, dia memandang saya dgn penuh syak wasangka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
calculated | adj 1. computed, sudah /dikira, dihitung/: ~ velocity, halaju yg sudah dikira; 2. deliberately planned to gain particular result, terhitung, telah diperhitungkan: a ~ risk, risiko yg terhitung; measures ~ to check inflation, langkah-langkah yg terhitung utk menyekat inflasi; the remarks were ~ to arouse suspicion, kata-kata itu telah diperhitungkan utk menimbulkan syak wasangka; a ~ insult, penghinaan yg terhitung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cast | 4. emit, memancarkan: the fire ~s a glow, api itu memancarkan cahaya; 5. spread, menimbulkan, membawa: the news ~s a gloom over the party, berita itu menimbulkan suasana muram di majlis itu; 6. cause to arise, menimbulkan: the new findings ~ doubt on the evidence, penemuan baru itu menimbulkan keraguan thdp keterangan itu; to ~ suspicion on, menimbulkan syak wasangka thdp; 7. assign a role, memberi [sso] peranan: he was ~ as Hang Tuah, dia diberi peranan sbg Hang Tuah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grow | tinggi sejak saya melihatnya dahulu; c. (in length), (tumbuh) panjang: let your hair ~, biarlah rambut kamu panjang; 4. develop, become bigger, more powerful, etc, berkembang: the business continues to ~ under his management, perniagaan itu terus berkembang di bawah pengurusannya; Japan ~s by leaps and bounds, negara Jepun berkembang dgn begitu pesat; 5. increase in amount, degree, etc, bertambah (+ approp adj): the population of Jakarta is ~ing rapidly, bilangan penduduk Jakarta bertambah dgn pesatnya; my suspicion grew when I saw them together, syak wasangka saya bertambah mendalam apabila saya ternampak mereka bersama; 6. develop in wisdom, experience, etc, menjadi lebih matang: experiences that will help a person ~, pengalaman yg akan membantu seseorang menjadi lebih matang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |
intentional fallacy | kekeliruan hasrat | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
wasangka | menyaka [maka] | Melanau Dalat | |
pekihok, pelavak | wasangka | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
wasangka | [wa.sang.ka] | وسڠک |
|
|