Kata |
Takrif |
Sumber |
sejagat | seluruh dunia; sedunia; antarabangsa. | Kamus Pelajar |
pengendalian sejagat(global operation) | Pengendalian yang mengakibatkan perubahan pada keseluruhan kandungan dokumen. Misalnya, penukaran ejaan. | Kamus Komputer |
gelintaran sejagat(global search) | Kaedah atau kemampuan mencari maklumat yang diperlukan dalam keseluruhan dokumen. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah sejagat(global variable) | Pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh dan berfungsi di mana-mana bahagian atur cara. | Kamus Komputer |
papan hitam(blackboard) | Pangkalan data sejagat yang boleh dicapai oleh aplikasi penyelesaian masalah untuk menyimpan nilai separa atau maklumat segera. | Kamus Komputer |
jagat I | alam; dunia. sejagat seluruh dunia; sedunia; antarabangsa. | Kamus Pelajar |
raya | 1 besar: alam ~ dunia sejagat; gendang ~ gendang besar. 2 = hari ~ hari yg diraikan kerana sebab-sebab tertentu; hari besar: Hari ~ Haji (Korban, Adha) hari besar Islam yg diraikan pd 10 Zulhijah; Hari ~ Puasa<.i> hari besar Islam yg diraikan pd 1 Syawal. 3 awam; umum: balai ~ balai utk orang ramai. beraya bp berhari raya. merayakan memuliakan atau membesarkan (hari atau peristiwa penting): ~ hari jadi. perayaan perihal merayakan; pesta dll utk merayakan sesuatu; keramaian: ~ Maulud. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
global | adj 1. world-wide, sejagat; (of war, protest, etc) sedunia: ~ environmental problems, masalah persekitaran sejagat; 2. comprehensive, menyeluruh, global: this issue must be considered from a ~ viewpoint, isu ini mestilah dilihat dr sudut pandangan yg menyeluruh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
catholic | adj 1. universal, sejagat, universal; 2. all-embracing, comprehensive, (bersifat) menyeluruh: a man with ~ interests, seorang yg mempunyai minat yg menyeluruh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
global spy network | rangkaian intip sejagat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian yang menggunakan sistem terautomasi untuk memintas dan menghalakan semua bentuk komunikasi elektronik ke lokasi pusat. Contoh rangkaian intip sejagat ialah Echelon untuk kerajaan Amerika Syarikat. Rangkaian Echelon mampu memintas sehingga tiga bilion komunikasi individu awam dan syarikat swasta sehari yang termasuk e-mel, panggilan telefon, faksimile, dan juga paket data Internet. |
hypertext markup language 5 (HTML5) | bahasa penanda hiperteks 5 (HTML5) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahasa penanda teras bagi jaringan sejagat (WWW) revisi utama ke-5. HTML yang dibangunkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) pada asalnya sebagai bahasa pemerihal dokumen saintifik secara semantik, seterusnya dinaik taraf untuk membenarkan adaptasi pelbagai jenis dokumen dan juga aplikasi web. HTML 5 merupakan alat penting dalam pembangunan platform e-pembelajaran. |
WWW (World Wide Web) | WWW (Jaringan Sejagat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Koleksi jutaan tapak web dan laman web yang popular dalam kalangan pengguna Internet yang merupakan sumber maklumat elektronik yang terbanyak dalam Internet. Secara teknikal, semua sumber dan pengguna Internet menggunakan protokol http . |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud dunia atau alam semesta dan politicos bermaksud rakyat. |
green global | global hijau | Pelancongan | Tiada | Aktiviti sejagat yang berkonsepkan mesra alam, seperti berkongsi kereta ke tempat kerja. |
archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye. |
e-banner | e-sepanduk | - | Tiada | Satu bentuk pengiklanan dalam jaringan sejagat yang dihantar oleh pelayan iklan. |
web 2.0 | web 2.0 | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Istilah bagi jaringan sejagat (WWW) generasi kedua yang lebih dinamik, tersusun dengan kemampuannya untuk membolehkan kolaborasi serta perkongsian maklumat menerusi aplikasi web antara pengguna Internet dengan pembekal kandungan. Web 2.0 digunakan dengan lebih meluas khususnya dalam e-pembelajaran seterusnya meningkatkan keupayaan penyampaian kandungan pembelajaran dan pentadbiran pengajaran seperti kursus terbuka raya dalam talian (MOOC), Padlet, dan Blendspace. |
universality | kesejagatan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat seni atau sastera yang mengatasi batas-batas ruang dan masa, dan menjadi tarikan kepada manusia sejagat. Longinus, seorang ahli falsafah Yunani mengungkapkan bahawa karya sastera yang bermutu tinggi sentiasa menyenangkan hati semua manusia pada bila-bila masa dan di mana juga. Menurut beliau, sebarang penulisan yang membangkitkan kesan rasa yang dapat dikongsi bersama dan berkekalan, mempunyai unsur dan nilai kesejagatan. Kesejagatan ditampilkan dengan kehadiran pelbagai sifat, idea, nilai dan keperluan asasi manusia yang dapat dikongsi bersama. Antara ciri utama yang memperlihatkan kesejagatan dalam sastera ialah watak manusia yang sentiasa berusaha mencari kebahagiaan, atau manusia yang terlibat dalam pertarungan antara kebaikan dengan kejahatan. Ada pendapat yang menganggap bahawa penampilan tipa induk dalam karya sebagai ciri kesejagatan kerana kaitannya dengan ingatan tidak sedar kolektif manusia. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin universalis yang bermaksud semua, secara kolektif, dan seluruh dunia. Lihat juga tipa induk. |
webcast | siar web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penghantaran audio atau video kepada khalayak sasaran tentang sesuatu peristiwa yang disebarkan menerusi jaringan sejagat. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam. |
Kamus Sains.indb semesta semasa mempelajari pecahan ialah set semua nombor nisbah yang tak negatif. Bagi pelajar sekolah menengah, semasa mempelajari pecahan ialah set semua nombor nisbah. (MAT) universal time coordinated (masa terselaras sejagat) Waktu yang diselaraskan dengan pergerakan jam yang seragam menghampiri masa putaran bumi yang telah diperbetul mengikut gerakan kutub dan perubah- an musim putaran bumi. (METEO) universal veil (kelubung universal) 1 8/08 11:52:17 AM 869 Daftar Istilah Sains dan Teknologi Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris masa reput terma thermal decay time masa santai tamatan terminal relaxation time masa terselaras sejagat universal time coordinated masalah dua jasad two-body problem maskulinus uterus uterus masculinus mata air memancut gushing spring mata air vauklus vauclusian spring mata pisau knife matau kayu timber yard
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. Intranet dijalankan. rangkaian bahagian depan (Ig. network front end; Br. rangkaian bahagian depan; Id. jaringan depan) Bahagian yang paling hadapan sesebuah rangkaian berhampiran perimeter rangkaian di belakang penghala utama. rangkaian intip sejagat (Ig. global spy network; Br. rangkaian intaian sejagat; Id. jaringan mata-mata global) Rangkaian yang menggunakan sistem terautomasi untuk memintas dan menghalakan semua bentuk komunikasi elektronik ke lokasi pusat. Contoh
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sejagat | [se.ja.gat] | سجاݢت |
|
|