Kata |
Takrif |
Sumber |
pelengkap | 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelengkap tujuan | Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelengkap | 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelengkap(complementer) | Songsangan logik kepada isyarat atau bit. Misalnya, lengkapan bagi bit 1 ialah 0 dan lengkapan bagi bit 0 ialah 1. | Kamus Komputer |
pelengkap pada N(complement on N) | Pelengkap nombor yang ditentukan berdasarkan radiks N. | Kamus Komputer |
pelengkap pada N-1(complement on N-1) | Pelengkap nombor yang ditentukan berdasarkan radiks N tolak satu. | Kamus Komputer |
sudut pelengkap | sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suruhan pelengkap(complement instruction) | Suruhan komputer yang berfungsi untuk mengeluarkan sejumlah suruhan bagi setiap suruhan yang telah diaturcarakan. | Kamus Komputer |
perwakilan pelengkap(complement representation) | Bentuk perwakilan data yang digunakan bagi mewakili nombor lengkapan. | Kamus Komputer |
pengendali pelengkap(complementary operator) | Peranti logik seperti TAK, TAK DAN, dan TAK ATAU yang berfungsi memberi output yang merupakan songsangan kepada output pengendali biasa. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
complement | n (gen & tech) pelengkap: a fine wine is a ~ to a good meal, wain yg baik ialah pelengkap sajian yg sedap; in the sentence Ali is angry, the ~ is angry, dlm ayat Ali is angry pelengkapnya ialah angry; full ~, full number, bilangan [n] yg cukup: for a long time, we have not had the full ~ of teachers, sudah lama kami tdk mempunyai bilangan guru yg cukup; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
missing link | n pelengkap yg dicari-cari: if we can find the ~, we should be able to work out what actually happened, jika kita dapat pelengkap yg dicari-cari, kita harus dapat memahami apa yg sebenarnya terjadi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
complementary colour | n warna pelengkap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
complementary angle | n sudut pelengkap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
complementary picture amplifier | penguat gambar pelengkap | pembesar gambar pelengkap/ penguat gambar pelengkap | pembesar gambar pelengkap/ penguat gambar pelengkap | Komunikasi |
supplement mineral | mineral pelengkap | pelengkap garam galian | pelengkap mineral, pelengkap garam galian | Perikanan |
supplement | pelengkap | pelengkap | pelengkap | Kesusasteraan |
complementary shrub | semak pelengkap | syrab pelengkap, pokok renek pelengkap | pokok renek pelengkap | Pertanian |
complement | komplemen, pelengkap | pelengkap | pelengkap | Linguistik |
complementary enterprise | perusahaan pelengkap/ bidangusaha pelengkap | Tiada | bidangusaha pelengkap | Ekonomi |
complementary picture amplifier | penguat gambar pelengkap | pembesar gambar pelengkap/ penguat gambar pelengkap | pembesar gambar pelengkap, penguat gambar pelenkap | Komunikasi Massa |
fit-up | pelengkap pasang | pelengkap pasang | pelengkap pasang | Kejuruteraan |
complementary colour | warna pelengkap | warna pelengkap | warna pelengkap | Komunikasi Massa |
complementary cation | kation pelengkap | kation pelengkap | kation pelengkap | Pertanian |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
food supplement | pelengkap makanan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Nutrien yang dijangka boleh memperbaiki kesihatan atau prestasi tubuh. Contoh, pelengkap asid amino, pelengkap herba, mineral dan lesitin. Lihat juga makanan kesihatan, pelengkap herba. |
complementary set | set pelengkap | Matematik | Tiada | Set yang terdiri daripada semua unsur yang tidak dimiliki oleh suatu set yang diberi. Set pelengkap kepada set A biasanya dilambangkan dengan A. Contoh: Katalah set semesta {1, 2, 3, 4, 5, 6} dan A = {1, 2}. Set pelengkap kepada A atau A ialah {3, 4, 5, 6}. |
complement fixing | ikatan pelengkap | Biologi | Mikrobiologi | Gabungan pelengkap dengan kompleks antigen-antibodi, yang digunakan untuk mengetahui keserasian antigen dan antibodi tersebut. |
complementary contrast | kontras pelengkap | Kesenian | Tiada | Kontras hasil penggunaan warna pelengkap. |
one's complement | pelengkap satu | Kejuruteraan | Tiada | Tatatanda binari dalam bentuk pelengkap radikas - tolak - satu. |
accessory section | bahagian pelengkap | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Bahagian berped cagak bagi unit pelengkap misalnya, magnetos, pam bahan api, pam minyak, penjana, dan sebagainya. |
complement of a set | pelengkap set | Matematik | Tiada | Unsur set E yang bukan dalam set A adalah unsur kepada set pelengkap kepada A, diberi set A sebagai subset kepada set E. |
complementary angle | sudut pelengkap | Matematik | Tiada | Sudut yang bersama-sama satu sudut lain berjumlah 90o. Dua sudut yang berjumlah 90o dikatakan sudut pelengkap antara satu sama lain. |
supplementary protein | protein pelengkap | Veterinar | Tiada | Protein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%. |
accessory drive gear box | kotak gear pacu pelengkap | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Sama seperti kotak gear utama, tetapi berfungsi sebagai pemacu pelengkap enjin. |
Kamus Sains.indb dalam tempoh 24 jam. (BIO) compensator gene (gen pemampas) Gen rangkaian seks yang mengurangkan aktiviti gen supaya dos fenotip yang dihasilkan pada betina menyamai fenotip jantan. (BIO) complement base (asas pelengkap) Asas atau radiks bagi nombor lengkapan. (KOM) complementary bases (bes pelengkap) Pasangan bes (purina dan pirimidina) yang dihubungkan melalui ikatan hidro- gen dalam asid nukleik bebenang ganda dua. Contoh bes ini ialah guanina dan sitosina, adenina dan tiamina, adenina dan urasil
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pelengkap | [pe.leng.kap] | ڤلڠکڤ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kariotip | karyotype | Susunan standard bagi kromosom pelengkap yang disediakan bagi analisis kromosom. Kariotip normal bagi wanita akan mengandungi 22 pasang autosom (kromosom bukan seks), disusun dalam susunan angka bersama-sama dengan 2 kromosom X. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
sudut pelengkap | complementary angle | Dua sudut yang berjumlah 90° dikatakan sudut pelengkap antara satu sama lain. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| lengkap (adjektif) | Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;, | | Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap, |
|
|