Kata |
Takrif |
Sumber |
tembus | 2 dpt dilalui sampai terus ke sebelah; lantas ke (ttg jalan dll): Jalan ini ~ ke Jalan Bangsar. | Kamus Pelajar |
tembus | 1 berlubang terus hingga ke sebelah; tembuk: Dinding rumahnya ~ kena peluru. 2 dpt dilalui sampai terus ke sebelah; lantas ke (ttg jalan dll): Jalan ini ~ ke Jalan Bangsar. menembus membuat lubang pd; membuat supaya tembus; menebuk: Mereka ~ gunung utk membuat terowong. menembusi 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. tembusan 1 sesuatu spt jalan, sungai dll yg tembus ke. 2 sungai buatan utk dilalui kapal dll; terusan. 3 jalan yg menembusi bukit atau jalan bawah tanah; terowong. penembusan perbuatan (hal dsb) menembus atau menembusi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tembus | 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantas | 1 tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2 tembus atau terus ke belakang (ke sebelah): Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi: Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantas | 1. tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2. tembus atau terus ke belakang (ke sebelah):Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi:Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan. | Kamus Pelajar |
seterusnya | 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjutnya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyuarat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terus | 1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (berjalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepanjangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga beberapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat mengetahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjutnya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyuarat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr permulaan, lanjut, terus: maka dilihat Bendahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn perantaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantaskan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ perjalanan mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg menghubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sambungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) berterusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) meneruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lulus | 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantas akal | termakan (diterima) akal; 3. terus, tembus (ke belakang dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surut | 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengurangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
eschatology criticism | kritikan eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan kajian terakhir alam dan manusia, contohnya kematian dan kiamat. Kritikan eskatologikal juga merujuk kepada kritikan tradisional dan popular yang menganggap bahawa sesebuah novel mempunyai kesatuan, lantas plotnya berkembang ke arah pengakiran yang menyokong kesatuan tersebut. Istilah ini digunakan oleh ahli pengkritik dekonstruksi, Derrida untuk mengkritik pendekatan yang cuba mencari kesatuan, makna yang stabil, dan pengakiran yang pasti dalam sesebuah karya sastera. Dalam bahasa Yunani , eschatos bermakna akhir. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tempuan Ib | bahagian rumah panjang di antara dinding bilik dan ruai yang digunakan sebagai laluan. | Mereka memberitahu Indai Abang bahawa mereka ingin menziarahi keluarga Keling. Kumang dan Lulong lantas keluar ke ruai lalu berjalan menerusi tempuan. Mereka terus masuk ke bilik keluarga Keling. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lansaran Mr | pentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel). | Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
|
Tesaurus |
---|
| lantas | 1. Bersinonim dengan langsung: terus, lalu, lanjar,
2. Bersinonim dengan tembus: bolos, bobos, lolos, toblos, tobros, terobos,
| Kata Terbitan : melantasi, |
|
|