Kata |
Takrif |
Sumber |
bolos-bolos | ; ikan ~ sj ikan laut, Sillago spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan bolos-bolos | sj ikan laut, Sillago spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolos | dpt lalu kerana tidak ada sesuatu yg menahan; berlubang terus hingga ke sisi yg lain; lulus: Jala itu tersangkut dan koyak sehingga ikan-ikan besar pun ~ semuanya. membolos 1 sengaja tidak mahu masuk bekerja atau tidak datang ke sekolah; memonteng: Beberapa orang murid yg ~ telah diberi amaran oleh guru besar. 2 melarikan diri: Salah seorang tahanan itu telah ~ dr penjara. terbolos tidak sengaja termasuk ke dlm; terperosok; terperlus: Selalu saja mereka ~ ke dlm lubang di bawah lapisan salji itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bolos II | Jk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;membolosi menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolos I | tidak mempunyai sesuatu apa di badan (rambut, bulu, perhiasan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolos | dpt lalu kerana tidak ada sesuatu yg menahan; berlubang terus hingga ke sisi yg lain; lulus: Jala itu tersangkut dan koyak sehingga ikan-ikan besar pun ~ semuanya. membolos 1. sengaja tidak mahu masuk bekerja atau tidak datang ke sekolah; memonteng: Beberapa orang murid yg ~ telah diberi amaran oleh guru besar. 2. melarikan diri: Salah seorang tahanan itu telah ~ dr penjara. terbolos tidak sengaja termasuk ke dlm; terperosok; terperlus: Selalu saja mereka ~ ke dlm lubang di bawah lapisan salji itu. | Kamus Pelajar |
tembus | 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendekar | (pendékar) 1. orang yg pandai bersilat (bermain senjata dll); 2. jaguh, pahlawan: segala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi; ~ lidah (kata) orang yg pandai berbahas, ahli pidato (syarah); ~ pena orang yg pandai menulis rencana dll di surat khabar; ~ pulut Kl ahli pencak silat yg mengambil kesempatan utk mendapat rezeki drpd pengetahuannya; ~ sambal Kl pendekar yg pengecut dan mudah ditewaskan; ~ elak jauh prb orang yg amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri drpd bahaya; tiada ada ~ yg tak bolos, tak ada juara yg tak kalah prb bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dll) jua; kependekaran perihal (sifat) pendekar: masing-masing cuba menunjukkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
smooth muscle | otot licin; bolos | otot licin | otot licin; bolos | Farmasi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hollow frontier | sempadan bolos | Geografi | Tiada | Tiada |
bare reactor | reaktor bolos | Kejuruteraan | Tiada | Reaktor nuklear tanpa pemantul. |
knock on | bola bolos | Sukan | Tiada | Keadaan apabila pemain gagal menangkap bola dengan kemas dan bola terkena bahagian tangan, sebelum jatuh ke tanah menghala ke arah garisan gol pasukan lawan. Permainan dimulakan dengan skrum di tempat kejadian. |
go-through machine | mesin bolos | Kesenian | Tiada | Tiada |
lost circulation | kehilangan edaran | Kejuruteraan | Tiada | bolos ke dalam celahan-celahan atau dinding sisi berliang bagi lubang jara, dan tidak kembali ke relang lubang jara. |
reflector economy | ekonomi pemantul | Kejuruteraan | Tiada | Pengurangan populasi neutron tanpa mengubah kereaktifan teras reaktor bolos apabila sesuatu pemantul ditambahkan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bolos | tambus. | kedayan | |
buwau | bolos, lolos; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bolos-bolos | [bo.los.bo.los] | بولوس٢ |
bolos | [bo.los] | بولوس |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolos |
|
|