Kata |
Takrif |
Sumber |
justeru | 1 kebetulan; tepat. 2 malahan; bahkan: Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
justeru | 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1. kebetulan; tepat. 2. malahan; bahkan:Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. | Kamus Pelajar |
terlanjurkan | senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyempurna | orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unik | tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa: justeru inilah yg membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yg ~; dlm setiap tamadun ini, ter-dapat cara-cara yg ~ bagaimana manusia pd zaman itu menyimpan akaun dan mem-buat aritmetik; keunikan perihal unik, sifat unik: salah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
utopia | masyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin dapat diwujudkan): justeru itu amat tidak wajar dikejar dan dipertahankan suatu ~ kehidupan dlm lingkungan budaya kecil yg asing dan palsu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlanjur | 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesinambungan | perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjur | ; melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. keterlanjuran 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hence | adv 1. from this time, dr sekarang: a year ~, setahun dr sekarang; 2. (archaic) from here, dr sini: 2 miles ~, 2 batu dr sini; 3. for this reason, /kerana, oleh sebab, justeru/ itu: he had never married, ~ he had no legitimate heir, dia tdk pernah berkahwin, kerana itu dia tdk mempunyai waris sah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
born | b. having specified characteristic, illness, status, circumstances, etc from birth, /lahir, dilahirkan/ /[adj], [prep], [v]/, /lahir, dilahirkan/ sbg [n]: to be ~ blind, dilahirkan buta; children who are ~ with a cleft palate, kanak-kanak yg lahir dgn lelangit rekah; he was ~a baron, dia dilahirkan sbg seorang baron; the child was ~ illigitimate and is therefore not entitled to inherit the property, anak itu lahir di luar nikah, justeru tdk boleh mewarisi harta itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
forfeiture | lucut hak | insurans | Tiada | Kehilangan hak disebabkan penglibatan dalam jenayah atau pelanggaran perjanjian. Justeru itu hak di bawah polisi insurans hayat boleh dilucutkan jika insured gagal membayar premium. |
memoir | memoir | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi. |
urtext | urteks | Kesusasteraan | Tiada | Versi induk yang dijadikan asas untuk versi teks yang lain. Versi induk biasanya sudah tidak diperoleh, justeru perlu dibina semula melalui kritikan tekstual dengan menggunakan kaedah kajian filologi. Naskhah Hik?y?t Mel?yu yang dibawa dari Goa dianggap sebagai versi protaip Sej?r?h Mel?yu. Urteks berasal daripada bahasa Jerman urtext yang bermaksud versi asal sesebuah teks. Urteks dikenali juga sebagai urform, arketaip, prototaip. Lihat juga kritikan teks. |
literal image | citra harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Penggambaran atau pelukisan sesuatu sama ada objek ataupun tokoh secara langsung tanpa menggunakan lambang. Justeru segala diksi, frasa dan kalimat yang dibentuk oleh pengarang adalah merujuk kepada kenyataannya, bukan makna di sebaliknya. Contohnya, Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. |
constructive total loss | kerugian menyeluruh konstruktif | insurans | Tiada | Kerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu dianggap tidak wajar untuk dibaiki. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |
pluralism | pluralisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep amalan yang memanfaatkan pendekatan yang pelbagai. Pemajmukan pendekatan ini bertolak daripada pandangan umum yang menganggap bahawa tiada teori yang dapat memberi semua jawapan, justeru pengkritik memerlukan gabungan pelbagai pendekatan. Konsep pemajmukan ini digunakan dalam sebarang disiplin teori seperti dalam ilmu linguistik kritikan kesusasteraan. Menurut Leech dan Short, pendekatan pemajmukan merupakan suatu kompromi kepada pandangan yang mengutamakan penggunaan satu teori sahaja. |
bangsawan | bangsawan | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Bangsawan of Penang (1914). Kumpulan ini kemudiannya berkembang di Sumatera, dan dikenali oleh Opera Stambul. Bangsawan mengalami kemerosotan selepas Perang Dunia Kedua dan semasa penjajahan Jepun. Persembahan bangsawan kemudiannya diambil alih oleh sandiwara. Contoh bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuh, dan Bawang Putih Bawang Merah. Lihat juga sandiwara, stambul. |
course developer | pembangun kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
petahai | justeru | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
justeru | [jus.te.ru] | جوسترو |
|
|