Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BIASISWA

Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk

wang atau yuran yang diberikan percuma kepada

pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,

atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya

disifatkan sebagai penghormatan terhadap

pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,

juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka

yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa

diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih

mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset

berguna kepada masyarakat dan negara.

UMUM
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
1
Tesaurus
 
yuran (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, wang pakatan, cagaran, wang sokongan, caruman, ripai, kontribusi.,