Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Berapa bulan saya perlu membayar yuran? Berapa bulan yang perlu saya bayar yuran? Yang manakah betul?Ayat yang betul ialah “Berapa bulan saya perlu membayar yuran?”Tatabahasa10.10.2023
Saya ingin maklumat berkenaan penggunaan perkataan "yuran" yang bertepatan di dalam iklan. Sebagai contoh iklan terpapar : 'DIJEMPUT HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. YURAN RM 5 SEORANG. SIJIL DAN MAKAN DISEDIAKAN.' Mana satukah yang lebih tepat, YURAN atau PENDAFTARAN? Mohon dapat penjelasan atas kekeliruan ini. Terima kasih.TUAN/PUAN DIPERSILAKAN HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. BAYARAN SEBANYAK RM5 DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA TERMASUKLAH MAKAN MINUM SEWAKTU BERKURSUS. SETIAP PESERTA AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN.Tatabahasa07.04.2011
Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih.

 

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya.



 

Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya.







 

Tatabahasa18.04.2013
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan.Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 

Tatabahasa02.07.2017
Mengapa 'unit' ( bermula huruf u) dan 'yuran' ( bermula huruf y) sedangkan bunyi pada pangkal perkataan adalah sama? Saya tidak mengfokus kepada sebutan baku tetapi persoalan menjurus kepada aspek bunyi pertuturan.

Saudara,

Perkataan 'unit' ialah perkataan daripada bahasa Inggeris dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian huruf dengan mengambil kira bentuk bahasa sumber. Oleh yang demikian perkataan 'unit' tetap unit dalam bahasa Melayu. Perkataan yuran ialah perkataan bahasa Melayu dan bukan perkataan yang diserapkan daripada bahasa lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Ejaan19.12.2009
annual managment feeyuran pengurusan tahunanEjaan06.06.2011
Adakah struktur bahasa dibawah betul ataupun salah? "Untuk makluman pihak Encik, yuran pendaftaran bagi setiap kursus yang kami anjurkan tidak termasuk kos penginapan."Struktur ayat yang diberi adalah betul.  Cuma pembetulah pada ejaan "Encik" sebaiknya menggunakan huruf kecil ELain-lain06.04.2017
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan untuk ayat yang bagaimana kita menggunakan perkataan "berbeza" dan "berbeza-beza"? Adakah "Bayaran & caj mungkin berbeza-beza mengikut yuran & caj standard" merupakan terjemahan yang tepat untuk "The fees & charges may vary according to the standard fees & charges"? Terima kasih.Pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu berbeza daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuanAdat itu mempunyai tafsiran yang berbeza antara ahli-ahli penganutnya. Berdasarkan contoh ayat, berbeza menunjukkan kelainan antara satu benda/perkara dengan satu benda/perkara lagi, manakala berbeza-beza mempunyai beberapa kelainan. Oleh itu, ayat yang betul "Bayaran dan caj mungkin berbeza mengikut yuran dan caj standard."Penyemakan dan penterjemahan09.12.2019
mohon penjelasan nama kaunter : KAUNTER PERKHIDMATAN PELAJAR atau KAUNTER KHIDMAT PELAJAR - kaunter berkenaan adalah kaunter urusan perlajar seperti bayaran yuran, hantar permohonan, maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pelajar.Anda boleh namakan sebagai KAUNTER KHIDMAT PELAJAR.Tatabahasa10.09.2014
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka.

Terima kasih atas soalan anda.

Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika  saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP

Lain-lain20.07.2010
Tesaurus
 
yuran (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, wang pakatan, cagaran, wang sokongan, caruman, ripai, kontribusi.,