Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Awan petang warna lembayung, Hari senja tampak berseri; Pesan abang sudah kujunjung, Tapi mengapa merajuk pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Alangkah elok bunga melati, Warna putih sangat menawan; Memang elok sama sehati, Ke mana pergi seiring jalan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Warna hijau menjadi kuning; Buruk negeri lupakan adat, Ke sana risau ke mari runsing.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tuan umpama kain pelikat, Indahnya warna berseri-seri; Tuan sungguh pandai mengikat, Hingga tak dapat saya berdiri.Pantun Melayu SarawakKasih
Bukan pita sebarang pita, Pita bercorak warna pelangi; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.



Lihat selanjutnya...