Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
Rayleigh scatteringProses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang.
anaglyphGambar bergerak atau pegun bagi objek yang mempunyai dua perspektif yang hampir berbeza warna dan bersuperposisi antara satu dengan lain. Gambar berbentuk tiga dimensi akan terhasil apabila dipandang melalui dua penuras warna yang berpadanan dengan perspektif tersebut.
colorimetric nanosensorsSensor yang memberikan suatu petunjuk untuk analisis makroskopik dengan melihat perubahan warna. Contohnya, kertas yang disalut DNA nanozarah emas dapat digunakan untuk mengesan kehadiran plumbum dalam persekitaran, dengan cara menekan kertas tersebut pada dinding dan melihat perubahan warna.
anilineBahan cecair organik tanpa warna dan berminyak, rumus kimianya, C6H5NH2. Bahan ini merupakan terbitan daripada benzena dan digunakan dalam industri pembuatan getah, resin, drug, dan varnis.
chemical sensor chemochromicPenderia yang dibuat berasaskan perubahan warna cahaya LED yang dipantulkan oleh pigmen filem tipis apabila terdedah kepada gas. Sistem sensor ini terdiri daripada berbilang LED yang mempunyai dua fungsi. Setiap LED menjadi pemancar cahaya apabila diberi pincang ke depan dan sebagai pengesan cahaya apabila diberi pincang songsang. Dengan mengenakan pincang secara ulang-alik, sistem ini dapat bertindak sebagai sensor yang tahan lasak, jimat dan jangka hayat yang panjang. Contohnya, dalam pengesanan gas hidrogen.
isopreneMolekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan.
electrochromicKeadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.
cathedral windowSifat tingkap gereja yang kacanya berwarna merah tua. Warna ini dihasilkan dengan menambahkan emas ke dalam kaca cair untuk membentuk ampaian koloid nanozarah.
chromosomeStruktur DNA dan protein yang tersusun pada sel. Kromosom berasal daripada bahasa Greek yang bererti warna disebabkan sifatnya yang dilumur oleh pewarna.
anataseSatu daripada tiga bentuk galian titanium dioksida (TiO2). Galian ini mempunyai struktur hablur sistem tetragon, berwarna biru, atau dalam julat warna kuning muda ke coklat. Anatas digunakan sebagai pigmen dalam cat.
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.



Lihat selanjutnya...