Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AMORSOLO, FERNANDOAmorsolo, Fernando (18921972) ialah salah seorang pelukis Filipina yang agung. Dia terkenal dengan lukisannya tentang kehidupan harian di Filipina. Landskap luar bandar Amorsolo termasuk pemandangan wanita-wanita muda sedang membasuh pakaian di sungai.UMUMUmum
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM
MERCOURI, MELINA

Mercouri, Melina (19251994) ialah pelakon

wanita dan ahli politik wanita Yunani. Dia

berkhidmat sebagai menteri kebudayaan kerajaan

sosialis dari tahun 1981 sehingga dia meninggal

dunia. Mercouri banyak mengembara untuk

memperkenalkan seni dan sukan Yunani, di

samping mengetengahkan isu kewanitaan.

UMUM
WANITAWANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia.  Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura.  Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan  oleh Nas Achnas.  Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa ituSASTERAKonsep
DAVIS, BETTE

Davis, Bette (19081989), pelakon filem wanita

Amerika yang terkenal dengan melakonkan

watak seorang wanita yang berazam kuat. Davis

memenangi Academy Award sebagai pelakon

wanita terbaik melalui lakonannya dalam

Dangerous (1935) dan Jezebel (1938).

UMUM
MENOPAUS

Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita

apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan

wanita mengalami tempoh haid yang terakhir

antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid

yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh

melahirkan anak semula jadi pada wanita.

Menopaus sering dikenali sebagai perubahan

hidup.

UMUM
ANGKATAN WANITA SEDAR

Angkatan Wanita Sedar, pertubuhan wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Angkatan Wanita Sedar atau akronimnya AWAS ditubuhkan pada tahun 1946 dan diketuai oleh Aishah Ghani, wartawan akhbar Pelita Malaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
STEINEM, GLORIA

Steinem, Gloria (1934 ) ialah pengarang

Amerika dan penyokong kuat pergerakan

kebebasan wanita di Amerika Syarikat. Dia telah

berkempen untuk mendapatkan hak wanita dalam

pekerjaan, politik, dan kehidupan sosial. Pada

tahun 1972, Steinem menerbitkan majalah Ms.,

iaitu sebuah majalah yang diterbitkan dan disunting

oleh wanita. Majalah tersebut mengandungi

rencana berkenaan peluang kerjaya dan cara

hidup yang lebih bermakna bagi wanita.

UMUM
SAPPHO

Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup

pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai

Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita

terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada

karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan

beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh

pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan

emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang

nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya,

terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan

Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang

dikenali sebagai Sapphic .

Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau

Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita

muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan

mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis.

UMUM
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya.  Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949.  Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,