Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat. Pendatang wanita asing atau pendatang asing wanita atau migran wanita asing. Contoh ; Lambakan migran wanita asing dalam sektor perniagaan semakin meruncing.Frasa yang betul ialah pendatang asing wanita atau migran asing wanita.  Tatabahasa15.03.2016
Ayat ini betul atau salah wanita itu sungguh cantik sekali. wanita itu sungguh cantik. Saya kerja sebagai penulis perlu maklumat ini.Wanita itu sungguh cantik sekali. Wanita itu sungguh cantik. - kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama (kata penguat + kata adjektif + kata penguat) ayat kedua (kata penguat + kata adjektif)Tatabahasa07.08.2007
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden

Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut:

i.    Tentang perjuangan kaum wanita.

ii.    Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya.

iii.   Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita.

iv.   Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air.

Sekian dan wassalam.

Lain-lain12.03.2009
Salam sejahtera, 1.Bagaimanakah perasaan wanita itu setelah Anand menolongnya? Jawapan: a.Perasaan wanita itu setelah Anand menolongnya adalah gembira. b.Wanita itu berasa sangat gembira setelah Anand menolongnya. Adakah kedua-dua jawapan yang ditulis betul? Sekian,terima kasih.Jawapan yang betul ialah B. Wanita itu berasa sangat gembira setelah Anand menolongnya.Lain-lain07.08.2021
Soalan imbuhan Wanita derita 5 penyakit Sepatutnya ayat yang betul ialah wanita menderita 5 penyakitAyat yang betul ialah wanita menderita lima penyakit.Tatabahasa06.01.2021
Apakah pandangan DBP tentang penggunaan perkataan cikgi untuk guru wanita dan saterawati untuk sasterawan wanita?Sehingga kini istilah cikgu digunakan untuk guru lelaki dan wanita begitu juga dengan istilah sasterawan. Belum ada perbezaan kedua-dua istilah tersebut untuk merujuk kepada perbezaan jantina.Makna19.09.2009
Salam sejahtera tuan. Ayat pasif yang berikut yang manakah betul? Harap diberi penjelasan jua. Terima kasih. Wanita itu telah dilantik sebagai setiausaha oleh Datuk Mustafa. Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. Ayat Aktifnya : Datuk Mustafa telah melantik wanita itu sebagai setiausahanya. Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha.Tatabahasa08.06.2015
SAYA ADALAH SEORANG PENGUSAHA SALUN KECANTIKAN WANITA.. DBKL INGIN PASTIKAN PENGUNAAN PERKATAAN " SALUN KECANTIKAN WANITA " DI ATAS RUANGAN PAPAN IKLAN DI HADAPAN SALUN ADA LAH BETUL. DENGN INI , SAYA INGIN MENDAPAT SIJIL KEBENARAN DARI DBP UNTUK PENGUNAAN PERKATAAN TERSEBUT DI ATAS PAPAN IKLAN.Frasa "Salun Kecantikan Wanita" adalah betul. Untuk tujuan pengesahan iklan sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya.Lain-lain14.11.2011
Istilah mana yang betul dari segi tatabahasa? 1) Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan; ataupun 2) Pengerusi Kebangsaan Wanita MCA. Sekian, terima kasih.Encik Yap, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Susunan ayat Bahasa Melayu mengikut Hukum DM (diterang dengan yang diterang) ialah Pengerusi  Wanita MCA Kebangsaan.Istilah24.02.2009
Baharu-bahru ini kawan saya ada berbincang diruang facebook tentang gerabak kereata api KTM yang terpampar ayat "koc untuk wanita sahaja" . Apabila dia terjemah di google translate ianya terpampar "koc for women" Ada logiknya disitu, kenapa mengunakan ayat koc? apa salah mengunakan ayat yang tersedia ada seperti gerabak? dan kenapa "wanita" bukan mengunakan "Perempuan"? Sekian Terima Kasih Fain WahabUntuk makluman tuan, perkataan koc telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan wanita ialah bahasa halus bagi perempuan dan lazimnya dalam konteks rasmi/gelaran perkataan wanita yang digunakan seperti wanita pertama (first lady) dan wanita solehah.Tatabahasa09.11.2012
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,