Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Anak ayam di atas pagar, Turun ke tanah memakan padi; Kalau hutang wajib dibayar, Kalau janji wajib ditepati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi wajib dibakar; Bukan mudah berhutang janji, Hutang janji wajib dibayar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah orang berhelat, Banyaklah alat wajib bersedia; Bukan mudah memegang adat, Banyaklah sifat wajib dijaga.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Debu berdebuk labu bercampak, Kelit berkelit tanlung lentera; Seburuk-buruk ibu dan bapak, Wajib dijunjung dan dipelihara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,

Puisi
 

Encik Esah pergi Merlong,
     Sampai Merlong masak petola;
Orang susah wajib ditolong,
     Baru kita dapat pahala.



Lihat selanjutnya...