Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AUNG SAN SUU KYI, DAW

Aung San Suu Kyi, Daw (1945 ), pemimpin

politik Myanmar. Dia menerima Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1991 atas usaha-usaha secara

damai yang dilakukannya untuk meng embalikan

demokrasi di Myanmar. Dari tahun 1989 hingga

1995, dia ditahan di dalam rumah oleh diktator

tentera yang memerintah Myanmar.

UMUM
ROSE, ERNESTINE POTOWSKI

Rose, Ernestine Potowski (18101892)

merupakan reformis wanita yang utama di Amerika

Syarikat pada pertengahan tahun 1800-an. Dia

menjadi terkenal khususnya sebagai penyokong

awal usaha-usaha untuk mendapat hak yang sama

bagi kaum wanita.

UMUM
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAANBARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957.BAHASAKonsep
EKSPLORASI PETROLEUMKegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SULTAN MUZAFFAR SYAH I

Sultan Muzaffar Syah I ( ?1179) ialah Sultan

Kedah yang pertama (11361179). Nama baginda

sebelum memeluk agama Islam ialah Maharaja

Derbar Raja atau Raja Phra Ong Mahawangsa. Pusat

pentadbiran Kedah terletak di Bukit Meriam, Kuala

Muda dan nama Kedah pula pada masa itu ialah

Qalha. Sultan Muzaffar Syah I terkenal kerana usaha-usaha

baginda mengembangkan agama Islam di

Kedah.

UMUM
PIAGAM JAKARTAPIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM
KEDERMAWANAN

Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai

kesejahteraan manusia oleh individu dan

kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau

harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada

kebajikan kerana kedermawanan biasanya

menolong kumpulan yang besar atau sesebuah

institusi dan bukan orang perseorangan atau

beberapa individu sahaja.

UMUM
MENELAAH PELAJARAN

Menelaah pelajaran ialah usaha untuk

mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah

ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana

sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian

besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang

telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan

mempelajari semua yang perlu diketahui tentang

sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik

darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu

dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan

menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat

menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di

sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila

seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah

rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke

kolej.

UMUM
PERLEMBAGAAN CLARENDON

Perlembagaan Clarendon merupakan usaha

awal, di England, untuk menetapkan garis

sempadan antara hak Gereja dengan bidang kuasa

Raja.

UMUM
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,